Connect with us

Semasa

Lihat Perubahan Dubai Daripada ‘Padang Pasir’ Kepada Bandar Mewah Dalam 50 Tahun

Tiga dekad yang lepas, Dubai tiada beza seperti padang pasir. Sebelum penemuan minyak pada tahun 1966, Dubai hanya sebuah pelabuhan yang tidak terkenal.

Dubai pernah menjadi pelabuhan penting pada 1800 di mana ia menjadi laluan perniagaan Timur Tengah dan industri utamanya adalah mutiara sebelum semuanya ‘mati’ pada 1930.

Salah satu jalan utama di Dubai seperti pada tahun 1961, sebelum penemuan minyak:

Foto: AP Photo/Robert Rider-Rider

Seperti yang berlaku kepada negara Teluk yang lain, industri petroleum mengubah segala-galanya untuk Dubai.

Walaupun hasil minyak dari Dubai adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan negara Arab yang lain, Pemerintah Dubai, Sheikh Rashid bin Saeed Al Maktoum berjaya menjadikan Dubai bandar hub perdagangan.

Pada tahun 1960-an dan 1970-an, Dubai Creek, sebuah sungai air masin yang melalui pusat bandar, telah dikorek beberapa kali untuk membolehkan kapal-kapal yang semakin besar masuk dan berdagang.

Dubai Creek pada tahun 1969:

Foto: AP Photo

Dubai Creek pada tahun 1979:

Foto: AP Photo/Peter Kemp

Banyak perkara berubah dari tahun 1990an dan awal tahun 2000an dimana pada tahun 1985, Dubai membuka “zon bebas” utama di Jebel Ali yang pertama di Timur Tengah.

Zon Bebas ini membolehkan syarikat asing dapat beroperasi dengan hampir tidak ada cukai dan birokrasi yang diperkemas.

Bandar Dubai dari pandangan udara pada tahun 1987:

Foto: AP Photo/Greg English


Pada awal tahun 2000, perang di Iraq dan Afghanistan telah menaikkan harga minyak. Perkara ini mengakibatkan banyak wang diperlukan oleh negara-negara Teluk.

Ketidakstabilan ini tekah memberi kelebihan kepada Dubai dan meningkatkan daya tarikannya sebagai tempat untuk pelaburan, menurut “Sejarah Bandar Masa Depan,” oleh Daniel Brook.

Selepas peristiwa 9/11, ekonomi Dubai semakin baik dan ledakan pembangunan telah bermula.

Pada tahun 2007, Morgan Stanley menganggarkan bandar itu mempunyai 20% daripada kren pembinaan dunia.

Sebahagian besar pembangunan itu didorong oleh syarikat Dubai World milik negara dan Emaar Properties, sebuah syarikat milik kerajaan yang kini didagangkan secara terbuka.

Ledakan pembangunan telah menghasilkan bangunan tertinggi di dunia, pusat membeli-belah kedua terbesar, hotel paling mewah, dan bangunan pencakar langit yang lebih banyak daripada mana-mana bandar di dunia selain New York dan Hong Kong.

Dubai pada tahun 2018:

Dubai Creek Harbour:

Foto: architectsjournal.co.uk

Burj Khalifa Dubai:

Foto: Charles Crowell/Bloomberg

Walaupun sudah menjadi antara bandar termaju di dunia, Dubai nampaknya masih belum selesai dengan pembangunan.

Menurut laporan Reuters, perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan Dubai untuk Ekspo Dunia pada tahun 2020.

Projek-projek yang sedang dalam pembinaan termasuk Muzium Masa Depan yang mewah, Gate Avenue dan Dubai Creek Harbour.

Kompleks Dubai Creek Harbour akan merangkumi Dubai Creek Tower, yang akan menjadi menara tertinggi di dunia, dan Dubai Square, sebuah mega-mall USD2 bilion yang akan menjadi kompleks membeli-belah terbesar di dunia.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Business Insider[/su_note]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.