Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Membina rumah tangga bukan seperti saat menjalin hubungan cinta. Ketika janji suci pernikahan diucapkan, ada tanggungjawab untuk menjaga janji itu hingga akhir hayat.
Pepatah melayu ada mengatakan, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Ikatan suami isteri boleh putus sekiranya tidak ada sefahaman dalam rumahtangga. Ini juga berlaku kepada pasangan suami isteri ini, yang viral di social media kerana suaminya mengamuk dan bertindak mengambil semula barang-barang kelengkapan rumah apabila berang isterinya meminta cerai.
Video yang viral di instagram ni, menunjukkan suami dan ahli keluarga suaminya mengambil semua barang-barang rumah menggunakan lori.
Tindakan itu, menjadi kekecohan jiran-jiran yang menyaksikan kejadian tersebut. Ramai jiran-jiran tidak puas hati dengan suami wanita itu.
Lelaki berkenaan dikatakan sakit hati apabila isterinya meminta cerai. Pihak suaminya, mengambil semula hadiah-hadiah perkahwinan yang pernah diberikan sewaktu pasangan ini berkahwin.
Dapat dilihat dari video yang viral ni, semua kelengkapan rumah termasuklah tong gas, almari, kerusi, tilam, katil, kipas, dan banyak lagi di angkut menggunakan lori.
Dalam video tersebut juga, nampaknya ramai yang mengecam lelaki tersebut. Permasalahan rumah tangga akan selalu terjadi, ia tergantung kepada kita sama ada kita hendak selesaikan dengan waras atau selesaikan dengan emosi.
Video tular di laman Instagram:
Barang-barang yang diambil suaminya ini ternyata kebanyakkannya barang-barang hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan.
Antara komen-komen warganet:
“Suami kedekut😂 bagus deh mending cerai aja”
“Benar kata pepatah tiktok, cinta bukn selalunya indah”
“Seperti kisah jiran saya. Suaminya meninggal waktu sedang hamil. Keluarga suaminya mengambil semua barang-barang dalam rumah’
“Mengambil apa yang sudah diberikan itu salah”
“Setinggi-tingginya dan semahal-mahalnya wang mahar, barang hantaran, belum pernah ada kejadian memalukan spt ini”
“Sungguh terlalu buat malu kaum Adam..btw dulu bekas isteri saya minta cerai(padahal dia selingkuh),saya tidak ada bawa barang-barang, hanya anak saya dan beberapa pakaian kami sahaja,sampai mainan anak tidak dibawa seperti PS and basikalnya karena prinsip saya harta boleh dicari”
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.