Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Seluruh rakyat Malaysia merasakan pilunya kehilangan wira negara ini. Apatah lagi luka yang ditanggung hati tunang tercinta dan keluarga tersayang.
Tidak tercapai akal bagaimana manusia mlia ini yang mahu membantu dibelasahh tanpa rasa simpati.
Binatang pun tidak sekejam ini, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Sedih dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, Ebit Lew, pendakwah bebas mencatatkan doa khas untuk Adib.
Sama-sama kita doakan semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang seadil-adilnya
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
________
Jenazah Allahyarham menerima penghormatan terakhir dari pegawai kanan serta rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bahkan lebih luar biasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Sr Siti Hasmah Ali sendiri hadir ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk sama-sama menghantar Muhammad Adib menaiki Helikopter Mi17-IV.
Sumber: Ebit Lew