Connect with us

Viral

[VIDEO] “Mak cik nak tengok juga muka sapa yang buat Adib..” Luah Ibu

Walaupun sudah lepas 24 jam Adib dikebumikan, Asma masih belum mampu mengunjungi pusara anaknya itu lantaran tiada kekuatan untuk melangkah ke pusara anaknya, lapor Astro Awani.

Di mata Asma kini tidak lekang terbayang keperibadian dan pekerti Adib yang sangat menawan.

Rasa hormat dan kasih Adib pada keluarga tidak mampu diukur dengan wang ringgit.

“Apa-apa sahaja dia nak buat, pasti dia akan bertanya kami… dia memang seorang yang tidak banyak bercakap namun rapat dengan kami termasuk abang dan dua adik perempuannya,” kata Asma berkongsi luahan rasa kepada sekumpulan wartawan ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Berusaha memujuk hatinya menjadi kuat dan menerima takdir yang telah ditentukan buat dia dan seluruh anggota keluarga, Asma bagaimanapun, masih belum mampu mengusir pertanyaan kenapa sekejamm itu anaknya diperlakukan?

Asma benar-benar bingung. Yang diharapkan wanita berusia 51 tahun itu ialah, arwah anaknya diberikan keadilan yang sewajarnya.

Paling utama juga, Asma mahu melihat wajah-wajah pelaku yang tergamak memperlakukan anaknya sehingga pergi membawa seluruh kekuatan dan kasih sayang mereka sekeluarga.

“’Mak cik nak tengok juga muka sapa yang buat Adib… tergamak buat anak makcik sampai macam itu sekali. Nak tengok muka orang yang kejamm ini. Makcik harap hukuman setimpal dikenakan dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Muhammad Adib,” kata Asma meluah perasaan yang bersarang di fikiran.

Hati Asma tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran atas doa seluruh rakyat Malaysia.

Seperti seluruh rakyat Malaysia yang mahu dalang di sebalik kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin, Asma juga mengharapkan, perkara yang serupa kerana dia secara peribadi sukar untuk memaafkan pelakon sekalipun reda dengan pemergian Muhammad Adib.

“Tapi sekarang siapa nak mengaku kan ?” soalnya sambil air mata bergenang.

Muhammad Adib, 24, seorang anggota bomba telah menghadap ilahi pada 9.41 malam Isnin (17 Disember) selepas insiden di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Jenazah Allahyarham ditemani ibu bapa dan tunang dari Pangkalan Udara Subang, Selangor jam 7.55 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah terlebih dulu untuk penghormatan terakhir dan diuruskan mengikut istiadat kebombaan di mana seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian seragam lengkap bersongkok mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang mengimamkan solat jenazah manakala bacaan talkin disempurnakan Imam masjid

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.