Bajet Hanya RM200, Wanita Ini Kongsi Trip ‘Food Hunting’ di Hatyai
Sekarang ni musim habiskan cuti tahunan tak kiralah kerja kerajaan ataupun swasta, lebih-lebih lagi yang ada anak – musim cuti sekolah – boleh plan nak melancong ke Hatyai, Thailand!
Selain daripada dekat dan senang akses, Hatyai murah dan sangat mudah cari makanan halal.
Jom kita ikuti perkongsian dari Norizila Siran tentang trip beliau dan rakan-rakan ke Hatyai dengan bajet hanya RM200!
Menurut Norizila Siran, ini adalah kali kedua beliau menjejakkan kaki di Hatyai. Pertama kali menaiki kereta, kali ini menaiki tren pula.
Ini merupakan itinerari pendek selama 2 hari 1 malam beliau di sana:
Naik train ke Padang Besar pada jam 6.48 am.
1) Tukar duit RM350 – 2760bath *rate 12.65.
2) Tiket sehala Tasek Gelugor – Padang Besar RM10.40.
Kaunter tiket buka pukul 9am. Turun dari KTM pergi hujung sekali. Better datang awal kalau tak nak beratur panjang.
Train dari Padang Besar ke Hatyai ada dua trip sahaja, pukul 9.55am & 3.40pm. Train dari Hatyai ke Padang Besar ada dua trip juga, pukul 7.30am & 1pm (waktu thailand). Alternatif lain ke Hatyai selain dari train dari Padang Besar, dengan menaiki mini van.
Tempah hotel melalui Aplikasi Agoda iaitu D-One Hotel yang berdekatan dengan stesen untuk menaiki tren
4) D-ONE hotel – RM95/malam book thru agoda *betul betul tengah town. Jalan kaki je untuk ke train station & Lee Garden Plaza. Highly recommended.
5) DTAC sim – 240bath/RM28 FREE 7 days unlimited data. Tapi kalau pandai bodek boleh dapat 200bath/RM24. Nanti ada orang jual dalam train.
Selain jalan kaki, aku naik GRAB untuk ke lokasi yang lebih jauh. Kalau ramai boleh naik TUKTUK.
Kalau tak ramai, naik grab jimat lagi. Masuk code promo “THAILAND” dapat disc 50%. boleh guna 2 kali sahaja utk 1 akaun.
Sampai di Hatyai.
D-One Hotel.
Pemandangan dari hotel.
Antara tempat-tempat yang boleh dimasukkan ke dalam senarai WAJIB kunjung di Hatyai adalah:
1) Lee Garden Plaza Street.
2) Kai Thot Decha (10am-9.30pm).
3) Khlong Hae Floating market (3pm-9pm Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja).
4) Asean Night Bazaar Market (3pm-10pm, Isnin tutup).
5) Lee Garden Night Market (8pm-12am).
6) Dim Sum Chabura (6am-2pm).
7) Greenway night market (4pm-10pm, Isnin tutup).
8) Kim Yong Market (6am-6pm).
9) Central Festival.
10) Foot massage 200 bath/jam.
Nampak macam Nasi Ayam biasa kan? Cuba dulu baru tahu! Nasi fried chicken 65bath dan teh ais buih 30bath. Total 95bath.
Teh Ais buih padu, 30 bath.
Jalan-jalan cari makan di Hatyai memang tidak mengecewakan!
Coconut ice cream, 50 bath.
Air famous di Thailand.
Seafood, 300bath-500bath.
Seafood di sana pun dijual dengan harga yang berpatutan, tidak terlalu mahal. Tapi sayanglah jika anda seorang yang alergik seafood.
Jangan lupa singgah ke Khlong Hae Floating Market kalau nak food hunting dengan pilihan makanan lebih banyak
Kalau nak shopping, boleh singgah Asean Night Bazaar ni. Pastikan anda bawa duit lebih. Kalau datang masa tengah bulan atau belum gaji, menangis tak dapat shopping!
Kalau tak nak shopping, boleh teruskan food hunting sebab banyak lagi makanan menarik dan sedap di Hatyai yang anda boleh cuba sekali seumur hidup!