Connect with us

Selebriti

“Ayah minta maaf anakku, Ayah tak dapat balik time kamu dilahirkan” Melati Zero Dapat Anak Perempuan

Syaiful Zero ataupun sinonim dengan panggilan Melati telah menerima berita gembira dari isterinya,  Ashura Rudy yang telah selamat melahirkan anak perempuan di kampung halaman Sabah.

Syaiful berkongsi berita gembira itu selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang sihat dan comel.

Walaubagaimanapun,Syaiful nyata kesal dan terkilan kerana dia tidak dapat menyambut anaknya itu.

Syaiful berada di Shah Alam atas urusan kerja ketika isterinya sedang melahirkan anak di Sabah.

“Ya Allah syukur Alhamdulillah dgn cahaya mata yg engkau berikan ini kpd kami..Alhamdulillah dpt anak kedua lagi kali ni baby girl sepasang da..Ayah mintak maaf sngt anakku. Ayah x dpt balik time kamu dilahirkan,” tulisnya.

Boleh dikatakan semua peminat memberikan pujian kepada bayi comel dan ucapan tahniah buat Syaiful dan isteri menerusi ruangan komen.

Buat masa ini, Syaiful dan isteri masih belum mendedahkan nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif telah berkahwin dengan Ashura pada 24 Julai 2015 dan telah dikurniakan seorang putera, Mohamad Sharif yang kini berusia 2 tahun.

Sebelum ini, Syaiful pernah menundakan perkawinannya kerana mahu fokus kepada kerjayanya bersama dua adiknya iaitu Sharif dan Atu.

Syaiful berkata, dia dan adik-adiknya telah sepakat untuk membaiki rumah mereka di Kudat dan membawa ibu menunaikan fardhu haji di Mekah terlebih dahulu.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.