Ramai wanita zaman sekarang sudah terbiasa melakukan banyak perkara sendiri. Walaupun sudah mempunyai pasangan hidup, mereka lebih suka berdikari.
Tetapi kaum lelaki kena ingat, jangan sentisa biarkan pasangan kerap melakukan halnya sendiri.
Mari kita ikuti perkongsian dari Mat Nor Nawi tentang perhubungan dan ambil berat terhadap pasangan.
______________
Tahu tak, kesilapan besar lelaki pada hari ini adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri.
It’s good for them but not healthy for the relationship, I tell you.
Yup. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala tuju yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasar raya sendiri.
Makan seorang diri among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower atau seronok makan kek depan televisyen sendiri.
Dan kamu pula langsung tidak bertanya tentang rutinnya kerana kamu fikir tidak banyak beza dengan rutinnya setiap hari.
Kamu sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.
Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak, it’s same. Sampai satu tahap, dia akan fikir semua benda boleh buat.
Jadi apa guna ada kamu lagi?
True mark of an independent woman is you all know she can live without you. She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life.
But don’t take them for granted. Call, text or talk to her daily. Jadikan itu sebagai rutin walaupun di mana jua kamu berada, walau kesibukan mengejar kamu, walau masa mencemburui kamu.
Sekurang-kurangnya tanyalah dia, bagaimana hari awak hari ini? Awak tidur lena ke malam tadi?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecil untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam.
Dan sekurang-kurangnya dia masih merasakan yang you still there in her life.
Sesekali jadilah pendengar setia kepada pasangan hidup kita. Mereka pasti amat menghargainya.