Connect with us

Kesihatan

Berat 104kg Jadi 52kg, Wanita Ini Kongsi Rahsia Turunkan Berat Badan

Semua wanita mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.

Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian.

Tidak seperti orang lain, gadis bernama  Fiza Muktar ini berjaya menurunkan berat badan daripada 104kg kepada 52kg.

Jom baca dan ikut perkongsian  Fiza Muktar di bawah!

___________

Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti hari ini.

2015 – Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg. Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak. Hahaha!

2016 – Berat naik ke 104kg. 10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 – 09 July 2017, 9PM – 52.4kg

Saya tak amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus. Saya tak nak sebab saya tak selesa.

Time berbadan besar dulu, saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam tak berbaloi sebab rasa membazir.

Kalau kau tak control makan kau, sama je. Naik balik nanti. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sebenarnya, lepas apa yang saya lalui dan alami, nak kurus tu, tekad kita pada diri kita sendiri. Tanggungjawab pada tubuh badan kita.

Saya nak kurus sebab saya nak sihat. Saya nak rasa lebih yakin. Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5XL ke 6XL. Tekanan beb! Tak tipu!

Alhamdulillah, sekarang baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

Nak kurus, ini tips dari saya:

  • NO Air Manis
  • NO Fast Food
  • NO Jajan/Snack
  • YES Exercise
  • YES Kawal pemakanan

Be positive with yourself. If you berbadan besar and always complaint itu ini, but then you sendiri tak ada effort nak reduce your weight, sembang ke apa?

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Jangan mudah terikut dengan cara orang. Lain orang lain caranya.

Slowly buat. Selesakan diri dengan bersenam. InshaAllah, lama kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah?

2 kali seminggu buat masker putih telur.

Nak tips apa lagi?

Itu je saya boleh bagi. Tak ada rahsia apa-apa. Benda baik kita kongsi bersama. Doakan saya achieve untuk ke 45kg.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.