Connect with us

Selebriti

“Not Our Level” Zizan Razak Jelaskan Maksud Kenyataannya

Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak hari ini tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya berhubung isu Linda Rafar dan jururawat di sebuah hospital kerajaan semalam, lapor Gempak.

Zizan menafikan ayat ‘nurse is not our level’ ditujukan kepada kerjaya kejururawatan secara umum, kata Zizan ayat itu merujuk khusus kepada sikap individual jururawat yang berdepan krisis dengan Linda Rafar.

“Assalamualaikum saya ucapkan kepada nurse yang berada di seluruh Malaysia.

“Dalam isu ‘not our level’, saya tidak merujuk kepada pekerjaan ya. Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.

“So tak kisah apa bentuk pekerjaan pun yang bodoh sombong dia bukan level saya termasuk juga rakan artis.

“Dan kepada yang cuba memanipulasi statement saya terserah. Jumpa di akhirat kelak,” kata Zizan.

Salah faham itu tercetus apabila Linda memuat naik status Instastory semalam menunjukkan butir perbualan bersama Zizan.

Selain menyatakan sokongan terhadap perkara yang berlaku kepada Linda dan ibunya yang kini terlantar sakit, Zizan turut menulis ayat terbabit dalam mesej perbualan itu.

Tanpa diduga, paparan skrin perbualan Zizan dan Linda tular di media sosial hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas sektor perubatan.

Dalam perkembangan sama, Linda turut menasihati orang ramai agar tidak membabitkan individu lain dalam kesnya.

“Zizan hanya bagi kata-kata semangat pada Linda dan dia tak ada niat untuk kutuk mana-mana nurse!

“Tolong jangan bagi tekanan pada orang lain yang backing Linda! Cukuplah. Linda pun tak cakap semua nurse jahat!” ulas Linda.

Sebelum ini, Linda telah memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan biadap seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya yang kini sakit.

Rentetan daripada itu, seorang doktor telah menulis surat terbuka khas buat Linda Rafar berkenaan isu yang viral itu.

Teguran doktor buat Linda

Untuk PUAN LINDA RAFAR,

Mula-mula sekali Puan Linda, saya bukan doktor KKM. Saya doktor tapi dengan kementerian lain. Saya bukan nak membela sesiapa. Tapi saya rasa sebagai doktor yang dikelilingi misi-misi, saya terpanggil untuk menjelaskan keadaan.

Saya minta maaf di atas ketidakpuasan hati Puan Linda pada jururawat-jururawat yang bertugas di dalam wad tempat mak Puan ditempatkan. Saya mungkin tidak faham apa sebenarnya berlaku tapi di sinilah ada silap dari Puan Linda.

Puan Linda tahu kan status Puan sebagai selebriti kan. Ramai kenal Puan. Bila Puan tuliskan perkara begitu, apa yang Puan harapkan Puan dapat darinya? Walaupun Puan ni terkenal, saya tak pasti sama ada Pengarah Hospital, Matron dan Ketua Jururawat wad tu baca IG story puan. Saya yang rakyat marhaen ni dapat cerita ni pun dari kawan saya. Maaf ya saya tak jadi pengikut Puan di IG.

Kalau Puan tak berpuas hati dengan layanan yang mak Puan dapat di wad tu, Puan boleh buat aduan kepada hospital sendiri. Ada borang aduan. Kalau Puan nak kes ni sampai ke pihak paling tinggi pun boleh. Puan taip aduan kat laman sesawang SISPAA KKM. Dalam masa 14 hari, Puan wajib terima penjelasan dari pihak terbabit. Percayalah Puan, KKM ni memang tak bertoleransi dengan staf yang ada salah laku. Memang mana-mana penjawat awam kalau dilapor oleh masyarakat ke SISPAA, menjawab la nanti.

Lagi satu ya Puan. Mungkin Puan tak tahu, yang mengambil gambar atau video di dalam premis hospital adalah satu kesalahan dan Puan boleh didakwa. Tolonglah hormati undang-undang. Tu kan hospital. Kita ni kenalah pandai bawa diri. Saya pun biasa menjaga ahli keluarga di hospital kerajaan. Di situ, saya hanya pelawat. Bukan doktor. Jadi saya patuh dengan arahan. Nak minta tolong misi sesuatu pun, saya merendah diri.

Misi ni kerjanya banyak Puan. Duduk kat kaunter bukan bermakna mereka membawang. Mereka kena buat macam-macam kerja menulis. Dah macam kerani pun ada. Tanpa mereka, pincanglah hospital. Kadang kala mereka terlupa bila kita minta sesuatu. Tak apa. Pergilah cakap lagi sekali. Ingatkan dia. Kita berbaik sangka boleh kan.

Kerja mencuci pesakit bukan tugas hakiki misi. Tulah kerja kita sebagai anak, isteri, mak atau cucu. Saya buat semua tu Puan masa saya menjaga ahli keluarga saya. Kadang kala masa melawat pun saya tolong. Tak tahu tak apa. Jumpa misi, minta dia tolong ajar. Misi boleh tahu kita ni ikhlas dalam menjaga ahli keluarga kita.

Bila Puan buka cerita begini, maka menderulah manusia-manusia lain menambah garam pada luka. Menuang minyak pada api yang marak. Tak ke menambah dosa kering jadinya. Silap haribulan jatuh fitnah. Dek seorang dua misi yang Puan rasa teruk sangat, habis semua kebaikan misi-misi yang lain dah terus lenyap. Patut ke begitu?

Misi tak dilatih macam askar untuk duduk tegak, atau diri lama-lama. Takkan la letak kaki kat kerusi macam tu pun salah puan. Maaf. Saya tak tahu apa tujuan Puan buat tanda pangkah pada kaki misi tu. Tapi tulah kalau cara dia letak kaki pun jadi isu, bukan ke remeh tu.

Misi pun manusia Puan. Mereka juga ada kehidupan macam kita. Entah-entah, dia ada masalah bermain di fikiran dia. Nak ambil cuti kecemasan bukan senang. Terpaksalah datang kerja dengan minda berserabut. Ataupun dia baru saja kena marah dengan bos dia. Terpaksa lah dia hadap juga muka pesakit-pesakit walaupun hati tu pedih semacam. Maafkan lah dia ya Puan.

Saya doakan Mak Puan cepat sembuh. Semoga dipermudahkan urusan Puan sekeluarga. Harapnya lepas dah keluar wad nanti, Puan bantulah Mak untuk menjaga kesihatannya dengan lebih baik dengan mengambil ubat seperti yang disarankan, mengikuti tarikh temujanji seperti sepatutnya dan menjaga pemakanan.

Maaf sekali lagi kalau kata-kata saya mengundang rasa kurang senang ya Puan.

Dari saya, doktor marhaen untuk rakyat marhaen,
Dr. Ninie

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.