Connect with us

Semasa

[VIDEO] Ibu Menangis Terharu, The Rock Hadiahkan Rumah Sempena Krismas

The Rock ataupun nama sebenarnya Dwayne Johnson adalah seorang pelakon filem Hollywood yang terkenal dimana dahulunya beliau seorang ahli gusti WWE yang paling popular.

Di kalangan peminatnya, The Rock sememangnya dikenali sebagai family man dan seorang yang sangat rajin melayan peminatnya walaupun terjumpa di tepi jalan.

Kalau anda pernah membuka laman instagram The Rock, pasti anda tahu beliau suka berkongsi perkembangan keluarganya dan perkara-perkara positif sehingga ramai yang mencadangkan The Rock bertanding untuk menjadi Presiden USA.

BACA: Angelina Jolie Mahu Jadi Presiden Amerika Syarikat

Terbaru, bersempena dengan perayaan Krismas, The Rock telah memuatnaik satu video di Instagram beliau yang menunjukkan ‘surprise‘ untuk ibunya.

Di dalam kapsyennya The Rock memberitahu beliau membelikan sebuah rumah khas buat ibunya sempena Krismas.

 

View this post on Instagram

 

This one felt good. Surprise! Bought my mom a new home for Christmas. All our lives growing up we lived in little apartments all across the country. Lived like gypsies on the road from one state to another. The first home my parents ever lived in was the one I bought for them in 1999. They divorced about 5yrs later and as with life, stuff happens and things got a little complicated. Since then I always made sure my mom and dad have everything they’ll ever need – houses, cars etc. But the house this time is a special one and the timing is very meaningful. I told her to treat this card like it’s “Willy Wonka’s Golden Ticket” because she gets to choose any home she wants – anywhere she wants. I always say, if you got a good mama, then you gotta pretty good shot at becoming a decent human being. And somehow, somewhere along the line I became one lucky SOB to be able to make stuff like this happen. Merry Christmas Ma and WOOOHOOO enjoy your new home. Dwanta 🎅🏾

A post shared by therock (@therock) on

Th Rock juga menceritakan yang mana beliau dahulu membesar berpindah-randah di dalam rumah flat kecil di serata negara.

Keluarganya berpecah kerana kedua ibu bapanya bercerai dan menjadikan kehidupan mereka semakin sukar.

Dari situ, The Rock nekad untuk mengubah kehidupan keluarganya dan bekerja keras sehingga berjaya seperti sekarang.

Beliau mengatakan mahu menyediakan segalanya buat ibu bapanya seperti rumah, kereta dan macam-macam lagi.

Rumah baru yang ibunya terima ini sangat istimewa seperti “Willy Wonka’s Golden Ticket” kerana ibunya boleh memilih apa jenis rumah dan di mana sahaja yang dia mahu!

 

The Rock menulis di Instagram:

“Ini perkara terbaik. Kejutan! Membelikan ibu saya sebuah rumah baru sempena Krismas.

Seumur hidup kami membesar di dalam pangsapuri kecil di seluruh negara. Kami tinggal seperti gipsi di jalan dari satu negeri yang lain.

Rumah pertama ibu bapa saya yang pernah tinggal di adalah yang saya beli untuk mereka pada tahun 1999. Mereka bercerai kira-kira 5 tahun kemudian dan seperti kehidupan, perkara-perkara yang berlaku dan perkara-perkara yang sedikit rumit.

Sejak itu saya sentiasa memastikan ibu dan ayah saya mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan – rumah, kereta dll.

Tetapi rumah kali ini adalah yang istimewa dan masa yang sangat bermakna.

Saya memberitahu beliau kad ini adalah seperti “Tiket Emas Willy Wonka” kerana dia dapat memilih mana-mana rumah yang dia mahu – di mana sahaja dia mahu.

Saya selalu berkata, jika anda mendapat mama yang baik, maka anda mendapat peluang yang cukup bagus untuk menjadi manusia yang baik.

Dan entah bagaimana, di mana-mana di sepanjang garis saya menjadi satu SOB bertuah untuk dapat membuat perkara seperti ini berlaku.

Merry Christmas Ma dan WOOOHOOO nikmatilah rumah baru anda.”

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.