Penyanyi popular dengan lagu Di Matamu itu berkata, dia senang hati melihat Elfira akhirnya menemui apa yang dicari selama ini.
“Rasanya tiada apa yang perlu dikatakan sebab saya dan dia telah lama meneruskan kehidupan masing-masing.
“Bagaimanapun saya gembira untuknya dan berharap apa yang dirancang, akan berjalan lancar,” ujarnya ringkas kepada Kosmo! Online.
Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019.
Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah’.
Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya.
Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.
Antaranya pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengucapkan tahniah kepada Elfira.
Tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan itu ialah pelakon Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Nabila Razali dan ramai lagi.
Difahamkan, selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.
Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.
Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Difahamkan kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari. Wow kan?
Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.
Malah, Gempak juga dimaklumkan Elfira telah memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Jika benar seperti yang dimaklumkan, lima majlis resepsi Elfira dan Faris itu bakal mengalahkan resepsi pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin.
Fazura dan Fattah pernah mengadakan dua kali resepsi selepas pernikahan mereka iaitu Februari 2018 (bertemakan Fairytale) dan Mac 2018 (bertemakan tradisional)
Tahniah buat Elfira dan suami!
Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober 2017 dan mengambil keputusan untuk meleraikan ikatan tersebut empat bulan kemudian.