Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah bantuan khusus yang mana menyalurkan makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Pun begitu, baru-baru ini seorang individu mendedahkan mengenai program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar yang dilihat tidak munasabah.
Menerusi video yang dimuat baik oleh @izwarwahid, individu berkenaan mendakwa menu makanan program RMT itu merupakan hidangan untuk sebuah sekolah rendah yang bertempat di Pahang.
Dia juga turut memuat naik gambar mi goreng yang diletakkan di dalam bekas namun kuantitinya yang amat sikit menjadi tanda tanya ramai.
Mengandaikan ‘portion’ mi goreng itu adalah disebabkan oleh harga kenaikan barang, netizen yang melihat hantaran tersebut meluahkan rasa berang dan tidak puas hati.
Berkongsi lanjut, pihak pentadbiran sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah juga telah menegur dan memberi amaran kepada pengusaha kantin namun setakat ini tiada apa-apa perubahan yang dilakukan.
Difahamkan, kadar RMT untuk Semenanjung adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap hidangan manakala Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM3.00 seorang.
Menjnjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pengusaha kantin yang dianggap tidak berhati perut meletakkan portion yang sangat sedikit untuk para pelajar.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan pengusaha kantin bersikap tidak jujur.
Antara komen warga maya:
kesian tumbesaran budak, ni bagi monetary sources kt menteri yg esok lusa boleh dpt stroke tak sustainable langsung.
— te (@thxxdtxddy) July 7, 2022
Macam banyak sangat mi tu. Patut sorang sehelai mi cukup la. Budak-budak je kan
— Izntagram (@izntagram) July 7, 2022
Kucing jiran aku makan lagi mewah
— RezaSamat (@shahrezanoor) July 7, 2022
KADAR RMT:
Semenanjung – RM2.50 seorang murid x 190 hari.
Sarawak, Sabah dan Labuan – RM3.00 seorang murid x 190 hari.— نورليذا عزيز (@iam_lizaaziz) July 7, 2022
dkt sekola rendah tmpt aku, nasi penuh ayam potongan dadu 2 ketul. sayur takde apa takdak. penah dapat dah basi. alasan ayam mahal. bg kucing makan pun kucing tak pandang oii
— ä (@afifahhhj) July 7, 2022
ni level gi boat noodle..
— donapeqo (@donapeqo) July 7, 2022
Perkongsian yang tular:
RMT menu 6/7/22 at one of the SK in Pahang. To be specific near railway that is so ‘rapuh’ [yg faham faham yang tak faham buat buat faham]. Price hike kot. @RadziJidin @KemPendidikan pic.twitter.com/ChjPJ463bI
— Izwar AWANI (@izwarwahid) July 6, 2022
To be fair GB and PPD already warned the canteen owner but nothing change. Dont know why.
— Izwar AWANI (@izwarwahid) July 7, 2022