Seringkali kita lihat apabila tiba hari Jumaat, ramai yang tampil menyumbangkan sedekah pada mereka yang berada di masjid ataupun surau untuk mendirikan Solat Jumaat.
Selalunya kita akan lihat pelbagai jenis makanan yang disedekah kan atau pun sejadah dan keperluan solat yang lain.
Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana mereka yang hadir untuk solat Jumaat diberikan beberapa kotak rokok mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @udinponboleh, di mana terdapat sebuah masjid di mana terdapat seorang jemaah yang membuat sedekah rokok dan diletakkan pada raga motosikal serta juga bahagian depan kereta.
“Apa nak hairan, ini kan Masjid Kampung J*wa” ujarnya yang seakan sudah terbiasa dengan perkara tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seolah-olah mempertikaikan situasi tersebut dari segi dosa dan pahala pemberian rokok di kawasan beribadah.
Ada juga yang meninggalkan komen bahawa niat sememangnya tidak menghalalkan cara.
Antara komen warga maya:
“niat dah baik, tapi kalau macam tu dapat pahala ke?”
“kalau macam ni nak catat dosa ke pahala”
“dia bagi rokok seludup terus mat bertambah tambah dosa nya tu”
Sekadar info, hukum menghisap rokok telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak dari tahun 1995.
Video yang tular di laman TikTok:
Selain itu, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut berkongsi lebih lanjut isu pengharaman rokok.
Bagaimanapun diharapkan kita boleh mengubah sedekah dalam bentuk lain seperti makanan yang halal ataupun barangan keperluan solat dan beribadah yang lain. Setidaknya, apabila digunakan, pahala akan mengalir buat kita.