Connect with us

Viral

“First time kena..” Pasangan Suami Isteri Terkejut Pintu Hotel Diketuk, Akui Tak Boleh Tidur Semalaman

Bagi membendung maksiat, ahli penguatkuasa agama di Malaysia sering kali membuat serbuan di hotel atau pun bergegas ke lokasi tertentu sekiranya terdapat aduan tentang pasangan yang mencurigakan daripada orang awam.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi pengalamannya diserang oleh penguatkuasa sewaktu menginap di hotel mencuri perhatian ramai.

Difahamkan pasangan ini menginap di salah sebuah hotel ketika bercuti di Cameron Highland.

Bagaimana pun, tanpa disangka, pintu bilik mereka diketuk oleh pihak penguatkuasa yang sedang menjalankan operasi pada ketika itu.


“First time kena ketuk sampai tak boleh tidur semalaman.”

Pun begitu, mereka bernasib baik kerana membawa kad nikah mereka yang menjadi penyelamat dan bukti kukuh bahawa mereka merupakan pasangan yang sah.

Ezzaty turut mengakui dia tidak boleh tidur malam akibat terkejut dengan situasi yang berlaku pada mereka buat pertama kali itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian itu malah ada yang menyarankan agar menyaman si pengadu yang membuat laporan kerana telah mengganggu privasi orang lain.

“Lepasni kena fotostat kad nikah tampal depan pintu, kacau la orang nak honeymoon” – Netizen.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berkongsi pengalaman diketuk pihak berkuasa ketika bercuti di hotel walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.

Antara komen warga maya:

“depa (diorang) kena tahu lani (sekarang) ramai kawin muda”

“nak honeymoon pun tak tenang”


“pernah juga, masa tu tengah mandi boleh pulak dia sebok nak pecahkan pintu”

“pernah, sampai hampir kena ikut g balai sebab kad nikah tak tahu letak mana”


Video yang tular di laman TikTok:

@nrzatyyyyy Sapa penah kena macam ni?🤣 #fyp #cameronhighland ♬ suara asli – Dodi Ferdieansyah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.