Connect with us

Viral

Berang Isteri Tak ‘Melawa’ Walau Diberi RM50 Sebulan, Luahan Lelaki Ini Mampu Berbini 2 Dengan Gaji RM1500 Undang Kecaman Netizen

Bila bercerita tentang kos sara hidup, pasti ramai yang mula ‘pening kepala’. Manakan tidak, semakin lama semakin meningkat. Dulu RM50 boleh penuh satu troli jika berbelanja di pasaraya. Kini, RM 50 hanya dapat satu barangan sahaja. Memang makin mencabar kehidupan kini.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang suami membuat luahan hatinya mengenai isteri yang sudah dikahwini selama 2 tahun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dhaliashah, dia mengatakan bahawa dirinya mulai bosan apabila isterinya tidak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka.

Dia juga telah memberikan RM50 sebulan kepada isterinya dan sepatutnya bolehlah isterinya membeli keperluan agar boleh mencantikkan lagi dirinya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mengatakan bahawa dirinya mampu untuk berkahwin lain dan gaji pokokya sekitar RM1,500 termasuk bekerja lebih masa (OT).

Seperti yang dijangka, video lelaki tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada warganet susulan kenyataan dia yang mengatakan bahawa RM50 cukup untuk membeli barangan kecantikan diri sedangkan harga ‘skincare’ bukanlah murah dan boleh mencecah lebih RM300.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan seolah tidak membuat kira-kira tentang kos sara hidup sehinggakan berhasrat ingin memiliki seorang lagi isteri.

Antara komen warga maya:

“bang, moisturizer je dah nak dekat rm50 bang.. celah mana yang cukupnya tuu”

“gaji abang tu duit skincare saya bang”


“RM 1500 hidup solo pun tak mampu, ni kan nak berbini dua”

Video yang tular di laman TikTok:

@dhaliashah Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri 😇 #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypシ #kisahviral ♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.