Connect with us

#MalaysiaBaru

Siti Nurhaliza Cipta Rekod Dengan Jualan RM67,000 Seminit Di GoShop! RM8Juta Dalam 2 Jam!

Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama oleh penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di saluran membeli-belah Astro, Go Shop sepanjang dua jam masa bersiaran, lapor Astro Awani.

Malah, pelancaran koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro itu boleh membuatkan Datuk Seri Siti senyum meleret apabila dilaporkan turut mencatatkan jualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Beliau hadir ke program tersebut dalam usaha untuk mempromosikan set Istimewa Vantage yang berjumlah RM8 juta bersamaan RM369 setiap satu set. Menurut laporan pihak produksi, beliau berjaya menjual keseluruhan 22,000 unit set istimewa tersebut dalam masa 2 jam bersiaran.


Bersiaran pada Ahad, penyanyi nombor satu negara itu tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop di (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110).

Program turut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk peralatan memasak ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Semasa program berlangsung, Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Di samping itu, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’ itu.

Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

 

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.