Connect with us

Viral

Ramai Yang Ditebuk Paru-Paru Gara-Gara Hisap Pod Viral

Sejak kebelakangan ini makin kerap tularnya isu para penghisap vape atau e-rokok tegar terpaksa ditebuk paru-paru kerana kesan menghisap vape.

Seperti yang kita tahu, vape memang terkenal di kalangan remaja mahupun dewasa. Populasi penghisap vape semakin bertambah apabila vape pakai buang (disposable pod) mula dikenalkan.

Bukan sahaja mudah didapati di mana-mana, malah harganya murah dan mudah digunakan.

Baru-baru ini tular bebenang di Twitter oleh gadis bernama @Aleesya9898 yang menghimpunkan beberapa kes melibatkan individu yang menderita akibat penggunaan e-rokok.

“Jangan hisap pod disposable yang tengah viral sekarang. Maybe lagi bahaya dari rokok. Pod ini sangat bahaya kepada paru-paru kita.

“Ramai remaja telah mengalami paru-paru rosak. Semua mereka perlu ditebuk lubang pada paru-paru untuk keluarkan cecair,” katanya.

Aleesya turut berkongsi kisah tentang rakannya yang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk dietebuk paru-paru gara-gara menghisap pod dan vape.

Selain itu, dia juga menyertakan beberapa keping gambar mangsa yang mengalami kerosakan pada paru-paru seperti rakannya tadi.

Meskipun didakwa ingin menutup periuk nasi penjual vape, gadis itu menegaskan niatnya sekadar mahu memberi kesedaran mengenai kesan penggunaan e-rokok terhadap kesihatan.

Kini, bebenang yang dibuat Aleesya berjaya meraih sebanyak 17.1 ribu retweet dan 13.4 tanda suka!

Di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat yang disuarakan Aleesya secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di laman Twitter

Ciapan yang tular di laman TikTok

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.