Berjauhan dengan suami tersayang bukanlah sesuatu yang mudah bagi si isteri. Lebih-lebih lagi ketika sedang hamil.
Sekurang-kurangnya jika serumah dengan suami, boleh juga dibelikan makanan, dijaga ketika sakit dan sebagainya.
Begitulah keadaan seorang pengguna TikTok bernama @applemerqh apabila terpaksa menguruskan segalanya seorang diri.
Menurut wanita ini, dia terpaksa menanggung mabuk muntah seorang diri gara-gara LDR (long distance relationship) dengan suaminya.
Yang lebih membuatkan wanita ini tertekan, sudah kali ketiga dia menukar jenis ubat namun masih sahaja muntah sehingga akhirnya dia buntu mencari langkah seterusnya.
“Aku dah 3 kali tukar ubat dan tiga-tiga jenis ubat aku muntah. Sampai aku strees tak tahu nak buat apa.” tulisnya.
Mempunyai hubungan jarak jauh dengan suami bertambah sukar buatnya memandangkan dia sedang hamil anak pertama mereka.
Tambahnya, baru dia faham akan perasaan para isteri di luar sana yang berjauhan dengan suami tercinta atas sebab-sebab tertentu.
“Sampai satu tahap aku makan pun sambil menangis, nak hadap semua benda ni sorang-sorang. Kau teringin nak makan apa-apa kena beli sendiri.
“Nak layan mabuk muntah semua sendiri. Malam tidur dengan bantal.
“Baru aku faham macam ni lah hidup LDR dengan suami. Lagi-lagi time pregnant anak sulung,” luahnya.
Menerusi rakaman yang dikongsi, wanita itu dilihat makan ayam goreng yang dibeli sambil mengesat air mata bersama kandungannya yang semakin membesar.
“Last-last lepas pergi KK aku pergi beli ayam yang aku teringin nak makan,” katanya.
Kini, video yang telah meraih simpati ramai terutamanya warga ibu itu berjaya mengaut jumlah tontonan sebanyak 485.8 ribu serta 26.3 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkongsikan pengalaman masing-masing yang tak jauh beza dengan wanita ini.
Selain itu, beberapa pengguna TikTok turut memberi tip untuk melegakan loya. Dalam pada itu mereka berharap agar wanita ini tabah dan sabar menempuh ujian ketika hamil.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“pape pn sis stil beruntung.. sy subuh raya haji kehilangan suami buat tahlil yg ke7 tuk arwah sy da xsdp bdn sy trus buat ttc. naik 2 line.”
“stay strong sis.. sekurang2 nye sis msih ade suami walaupun LDR.. sye kehilangan suami mse pregnant 5 bulan dan perkhawinan kami bru shaja 6bulan..”
“Its okay sis, nk nanges, nanges je, kita tetap kene hadap. Nk mkn, g je mkn😂same here sis, anak sulung, anak second, PJJ🥰xpe, Allah beri sbb mampu”
“Ldr tkpe kak jgk depan mata tp rasa ldr”
“sy suami depan mata hari2 pun hari2 nangis jugak masa pregnant. tak tau la apa yg buatkan jadi sedih sgt 🥺🥺”
“makan maltofer inshaAllah tak muntah. dia perasa coklat. tp lil bit pricey.. been there done that. sama semua situasi dulu anak sulung. stay strong!”
“Sy ldr dgn suami dah 4thn.anak pon dah 2.prgnant semua urus sendiri,ank sakit urus sendiri.Sis kene kuat.sy fhm perasaan sis.kuat demi ank kita ok 🥰”
“kita sama2 kuat tau sis demi baby❤️sy pun sama ldr + preggy. tiap malam air mata jer jdi peneman.”
Video yang tular di laman TikTok