Kebelakangan ni, macam macam isu yang dapat kita luhat mengenai ibu bapa yang kurang pengetahuan sehinggakan anak jadi mangsa.
Terdahulu, tular di mana seorang ibu memasangkan braces pada gigi anak yang masih kecil. Tidak cukup dengan itu, ada juga video lain yang tular di mana ibunya memotong bulu mata sehingga ‘botak’ kerana ingin anaknya kelihatan cantik satu hari nanti.
Tidak reda lagi isu kedua-dua video tersebut, kini timbul lagi sebuah video yang tidak boleh diterima akal dimana seorang bayi berusia 2 bulan ditindik kedua-dua telinganya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Mtsu_burjuh, kelihatan anaknya menangis menahan kesakitan.
Lebih memilukan adalah, anaknya menangis sehingga mukanya berubah menjadi merah dan tanpa mengeluarkan suara.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap ibunya yang mengambil mudah tentang bayi tersebut demi mengikut ‘trend’.
Bukan itu sahaja, netizen juga tidak sanggup melihat reaksi sakit bayi tersebut akibat ditindik telinganya.
Antara komen warga maya:
“aku pula yang sakit hati tengok.. tak kesian ke tengok anak nangis macam tu… tunggu lah budak tu besar sikit”
“demi content anak jadi mangsa.. jadi ibu jangan kejam semata2 untuk content, nak carut tapi kena sabar..”
“memang sejenis sanggup ya tengok anak sakit demi kepuasan hati kita sendiri ke macam mana?”
“aku bila dah cukup bulan je risau dah sebab anak kena cucuk cukup bulan. Kita punya la berdebar kesian ke anak ni kan pulak di sengaja tindik gini baby lagi”
“anak aku dah setahun lebih pun takut nak tindik kan”
“kesian dia menggigil sampai merah muka menangis”
Video yang tular: