Mempelajari bahasa negara lain bukanlah satu perkara yang mudah dan ianya juga memerlukan keiinginan yang amat tinggi.
Bagaimana pun, perasan atau tidak, ramai diantara warga asing yang berhijrah ke Malaysia fasih dalam pertuturan Bahasa Melayu walaupun baru sahaja datang ke negara berbilang kaum ini.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki warga asing bercerita tentang seorang rakannya bernama Nordin yang baru sahaja datang ke Malaysia selama setahun namun sudah fasih berbahasa Melayu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasir_junior1, dapat kita lihat Nasir merakam aksi Nordin yang mahir berbahasa Melayu seolah-olah sudah tinggal lama di Malaysia.
“Dia boleh bercakap (dalam) Bahasa Malaysia dengan sangat lancar hanya dalam tempoh setahun,” kata Nasir dalam video itu.
Tidak pasti mereka berasal daripada namun jika dilihat dari segi fizikal, mungkin mereka berasal dari negara di sekitar Timur Tengah mahupun Afrika.
Ketika ditanya bagaimana boleh lancar bertutur dalam waktu yang singkat, lelaki tersebut menjelaskan bahawa setiap orang perlu mempunyai rasa ingin belajar dan sayang terhadap bahasa itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat yang ada dalam diri Nordin sehingga dia mampu bertutur dalam bahasa Malaysia pada waktu singkat.
Bukan itu sahaja, netizen bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Nordin dimana kita perlu sayang bahasa yang ingin kita pelajari baru semuanya akan menjadi mudah.
Antara komen warga maya:
“betul, nak belajar bahasa lain kena rajin belajar dan rajin berkomunikasi dengan local. Kalau belajar sorang2 kat rumah memang idok ler nak fasih”
“setengah orang 30 tahun tak boleh cakap lagi bahasa melayu”
“ada yang dari lahir duduk Malaysia, tapi cakap melayu pun tak pandai”
“ni kalau tak tengok muka, dengar suara je memang tak percaya suara siapa sebenarnya”
Video yang tular: