Connect with us

Viral

Dakwa Kenal Polis Dan ‘Sound’ Peniaga Wanita, ‘Abang Kawasan’ Dicekup Polis Siap Kena Escort!

Banyak yang dapat kita lihat sebelum ini dimana ada ‘abang-abang’ yang ‘acah gangster’ mengaku dirinya ‘abang long kawasan’ di media sosial. Sehinggakan ada yang mengganggu ketenteraman orang lain termasuklah mereka yang mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi lemak merakam aksi seorang lelaki yang dipercayai ‘abang kawasan’ memberi amaran kepadanya ketika mahu berniaga di satu kawasan tidak dikenalpasti lokasi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bukan_manusia9669, lelaki itu juga mendakwa dirinya mengenali anggota polis yang berpangkat tinggi. Walaupun telah menerima ‘peringatan’ tetapi wanita itu masih meminta izin untuk berniaga di kawasan terbabit.

“Terserah, jangan cakap aku tak ingatkan. Kau nak jual lagi ke apa? Kau nak jual, jual. Tapi nombor kau aku dah bagi kat budak-budak aku. Kalau dorang jumpa, kau nasib” ujar lelaki tersebut.

Dapat kita lihat, wanita tersebut ‘melayan’ lelaki tersebut dengan sangat baik berserta nada yang sangat lembut kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Bagaimana pun, selepas video tersebut tular, ‘abang long’ tersebut dilihat berjaya ‘dikutip’ oleh beberapa individu yang dipercayai ‘Otai-otai parit raja’ untuk tindakan lanjut.


Berdasarkan satu lagi video lain, kelihatan keretanya di ‘escort’ pihak berkuasa untuk ke balai dan dia juga mempunyai 21 saman yang tidak terbayar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan tindakan lelaki yang dikatakan bersuara ‘chipmunk’ itu mengugut peniaga yang mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpuas hati apabila mengetahui lelaki tersebut dapat diberkas dan dikenakan tindakan susulan dek kerana tindakan biadapnya itu.

Antara komen warga maya:

“mana ada gangster suara chipmuks”

“kesian abang ni jerit2 tapi akak ni selamba je terima kasih banyak kali”


“dari mula aku tak tahan nak gelak dengar suara dia”

“orang cari rezeki jangan la di kacau..”

“bila kena gari ibarat gugur semua jantung”

“nasib baik polis kutip.. kalau orang awam kutip dulu agaknya macam mana ye si gangster ni”

“kelakar la kau gangster kawasan”

Video yang tular di laman TikTok:

@bukan_manusia9669 kasi viral#BP #bp_tiktok ♬ bunyi asal – HamsterNAKAL

@barry4671 Reply to @bukan_manusia9669 ♬ Happy Laughing – Sound Effect

@barry4671Siap kena escort p balai tu 😂 takot kena bantai la tu 😂 nk pau orng niaga konon, silap la 😂 sumber info dari orng pt raja♬ Happy Laughing – Sound Effect

@barry4671 Reply to @sipengiringjenazah ♬ Tokyo Drift (Refix) – Rosh Blazze


Perkongsian yang tular di Facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.