Connect with us

Viral

Wanita Selamba Bersalaman Siap Laga Pipi Dengan Penyampai Anugerah, VIP Disebelah Terkejut & Berundur Agar Tak Jadi Mangsa

Sudah tentu sebagai seorang muslim kita mempunyai batas dan ikhtilat yang perlu dijaga. Tidak boleh bersentuhan dengan bukan mahram seperti bersalaman apatah lagi berpeluk serta berlaga pipi.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang wanita dilihat naik ke pentas mencium pipi seorang lelaki sebanyak tiga kali selepas bersalam mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, tetamu yang hadir juga turut terkejut dengan tindakan wanita tersebut malah dapat juga kita lihat VIP di sebelah wania itu berundur ke belakang dan seakan tiadk percaya dengan apa yang berlaku.

Memetik laporan mStar, Aimi Iylia Md Sani, 32, menceritakan semula keadaan sebenar yang berlaku pada majlis Muqmeen Group National Annual Award Presentation Night (MGNAAPN) itu.

“Malam tu saya terima beberapa anugerah untuk pencapaian yang diperolehi bagi agensi bumiputera Prudential, kumpulan Muqmeen.”

“Kebetulan untuk penyampaian salah satu anugerah, abang saya punya giliran untuk sampaikan kepada penerima MDRT (Million Dollar Round Table) dan nama saya juga dipanggil.”

“Abang saya merupakan salah seorang Pengurus Kanan Agensi jadi masa naik pentas saya salam dan cium laga pipi dengan dia seperti dapat dilihat dalam video tu… sampai terkejut VIP lagi seorang tu,” imbasnya yang senang disapa Aimi.

Malah Aimi yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, seorang pengurus lelaki yang berada pada posisi kiri dalam video tersebut turut terkejut melihat ‘adegan cium’ itu lalu spontan berundur, mungkin bimbang dirinya juga menjadi ‘mangsa’.


Menurut Aimi, semua adik-beradiknya merupakan perunding takaful Prudential yang sudah lama berkecimpung dalam bidang yang sama.

“Semua adik-beradik saya merupakan ejen takaful Prudential dan hubungan kami memang rapat.”

“Kalau berjumpa memang salam peluk cium. Ini bukanlah kali pertama kami buat sedemikian. Jadi, bila saya naik pentas abang terus sambut seperti kebiasaan dia jumpa adik bongsu dia.”

“Lagi dua orang atas pentas tu senior agency manager juga tapi mereka tak perasan saya. Tu yang mereka terkejut tiba-tiba abang peluk saya atas pentas. Salah seorang pengurus tu sampai melompat sebab terperanjat, tapi memang dia bergurau saja.”

“Tetamu lain saya tak pasti pula apa respons mereka sebab ada yang tahu, ada juga yang tak tahu kami adik beradik. Dalam dewan tu memang dipenuhi dengan ejen seluruh Malaysia,” kata Aimi yang kini menetap di Kepong, Kuala Lumpur.

Jelas Aimi yang merupakan anak bongsu dari empat beradik, kejayaan dicapai pada malam tersebut merupakan berkat usaha dan dedikasinya sejak zaman pandemik lagi malah tidak menyangka video tersebut akan viral.

“Lepas saja-saja kongsi video tu tak sangka pula viral. Saya baca komen ada yang tertanya-tanya siapa VIP tu siap ada buat andaian sendiri, kata itu suami, bapa… ada yang kata bisnes kroni. Tapi ada juga yang kenal saya dan mereka terangkan lelaki tu ahli keluarga saya.

“Tapi saya berjaya capai ini semua bukanlah sebab abang-abang saya yang bagi sales, semuanya hasil usaha sendiri approach kawan-kawan doktor, kenalan dan stranger. Tapi tak dinafikan abang-abang saya memang mentor dan guide saya hingga berjaya,” ujar Aimi.

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.