Connect with us

Semasa

[GAMBAR] “Meremang bulu roma tengok gambar-gambar dia ni” Netizen Puji, Mufti Kagum Gambar Terbaik Dunia

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan melahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Pdg, Midin, Kuala Terengganu.

Ucapan itu dizahirkannya susulan gambar pelajar itu bersama kerbau menarik perhatian dan memukau pandangan beliau.

Katanya, rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

“Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani,” katanya yang mengulas gambar viral seorang pelajar bersama kerbau, di media sos1al hari ini.

Katanya lagi, “sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu,”.


Menurut beliau lagi, rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

“Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21,” katanya.

Difahamkan gambar pelajar berkenaan itu diambil di Terengganu, kerbau-kerbau berkenaan merupakan kerbau peliharaan ayahnya.

Difahamkan jurufoto yg mengambil gambarnya telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas & Tahniah!

Antara komen netizen :

Hyung Jack –Unsur kejiwaan 2 dunia.. Perbezaan dunia zaman dulu dan zaman sekarang.. Gambar keakraban adik ni dgn lembu dan kerbau, ini adalah gambaran budak2 zaman dulu, yg mana budak2 zaman sekarang terlalu2 sukar nak rasa dan jumpa

Syas Yana –Ni baru dinamakan ‘ kehidupan’…pengalaman indah yg pasti xkan luput dari ingatan bila besar..
Bukan 24 jam phone kt tgn…

Hisyam Mohd Fazilah Ibrahim –Gambaran cerpen ‘pusaran’. Komsas tingkatan 4 2002.

Bella Bakar –Meremang bulu roma tengok gambar-gambar dia ni. Terutama bila baca ucapan tahniah mufti. Memang terbaik.

Muhammad Firdaus Ismail –Budak zaman skrg nampak je animal like lembu mesti panggil ‘cow’ je. Lain kan tu ajaran ibubapa sanak saudara zaman kini. Nak berlari kena kejar lembu mcm tu jauh sekali lah

Kredit buat jurufoto : Dollah Deen Photography

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.