Connect with us

Viral

“Saya Lawan!” Dicaci & Dicerca Kerana Memperjuangkan Bahasa Melayu, Cikgu Zack Kirana Buat Laporan Polis

Pemegang nama Cikgu Zack Kirana Ibrahim semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dek kerana sering memberikan ‘ilmu’ penggunaan Bahasa Melayu yang betul dengan sikapnya yang bersahaja dan ‘santai’ di sosial media.

Pun begitu, baru-baru ini dia tampil mendedahkan telah membuat satu laporan polis berkenaan seorang individu yang dikatakan cuba menjatuhkan maruahnya.

Lebih teruk lagi, individu tersebut juga telah menghina dan mencercanya dengan kata-kata kesat.

“Apabila sudah hilang sabar. Say telah membuat laporan polis terhadap individu yang telah menghina dan mencerca saya dengan kata-kata kesat di media sosial.”

“Individu tersebut juga cuba menjatuhkan maruah saya sebagai seorang pendidik dan pendukung bahasa Melayu,” jelasnya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Bercerita lanjut, dia telah menyerahkan segalanya kepada pihak polis dan berharap tindakan selanjutnya dikenakan.”


“Saya telah menyerahkan perkara ini kepada pihakpolis untuk siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu berkenaan. Saya tidak akan berdiam diri. Saya antibuli, lebih-lebih lagi buli siber. MALAYSIA ada undang-undang. SAYA LAWAN!” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyokong tindakan Cikgu Zack Kirana yang membuat tindakan lanjut pada mereka yang ‘biadap’ dan keterlaluan.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan bahawa mereka akan sering berada di belakang Cikgu Zack Kirana yang merupakan pejuang Bahasa Melayu.

Antara komen warga maya:

“salah tetap salah, kita martabatkan bahasa melayu yang betul! Fighting!”

“sebab tu melayu susah nak berjaya kerana ada sifat DENGKI”


“Menaip seolah-olah mereka paling baik.. Pertuturan mereka menghina dan mencerca cikgu sebagai pejuang Bahasa Melayu. Paling terkejut, komen-komen yang dilontarkan itu sebahagian daripada golongan pendidik”

“betulkan bahasa pun boleh jadi isu”

“Zaman sekarang semua berlumba2 nak kurang ajar”


Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.