Connect with us

Viral

Kereta Kerajaan Milik Bapa Saudara Diguna Untuk Hal Peribadi, JKR Perak Nafi Bukan Kenderaan Rasmi

Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan salah satu jabatan kerajaan yang bertugas untuk membina dan menjaga infrastruktur di Malaysia. Berikutan dengan itu, kemudahan seperti kenderaan kerajaan diberikan kepada pihak JKR untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih mudah dan efisien.

Namun begitu, timbul satu kes baru-baru ini di mana seorang wanita memuat naik video TikTok yang menunjukkan dia bersama ibunya keluar bersiar-siar dengan menaiki sebuah kenderaan yang dimiliki oleh bapa saudaranya yang merupakan Pengarah JKR Perak.

Umum mengetahui, kenderaan rasmi milik kerajaan itu hanya boleh digunakan untuk urusan kerja dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk hal-hal yang berkaitan peribadi seperti hal kekeluargaan.

Ir Hamdan Ali, Pengarah JKR Perak, menyatakan bahawa dia tidak mengenali individu tertera di dalam video yang tular itu, selain menegaskan juga bahawa kenderaan yang ditonjolkan dalam video itu bukan kenderaan rasmi JKR Perak.

“Merujuk kepada penularan video terbabit yang disebarkan pada 26 Julai lalu (kelmarin), Pengarah JKR Perak tidak mengenali individu terbabit dan kenderaan dipaparkan bukan kenderaan rasmi Pengarah JKR Perak.

“Kenderaan rasmi pengarah adalah Honda Accord,” jelasnya.

Menurut kenyataan yang telah dibuat, siasatan akan dijalankan berikutan isu video yang tular tersebut supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

Video TikTok yang dirakam oleh wanita itu telah dipadam olehnya, akan tetapi seperti yang kita tahu warganet lebih ‘cepat buat kerja’.

Video yang sama telah dimuat naik di laman Twitter @@GenuineJalakL dengan memiliki 43.1K views, 405 retweets, 158 quote tweets, dan 496 likes.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan wanita tersebut kerana menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan.

Antara komen netizen:

“Bodoh. Nanti tak pasal2 pakcik dia kena. Demi nak berlagak punya pasal”

“The face you make when your uncle is a Pengarah JKR Perak 🤣”


“muka dia sombong gila siakk😂😂😂😂😂😂😂😂😂”

“jahahahahaha.. kereta jabatan digunapakai oleh ahli keluarga terdekat.. kepala otak dia lah.”

“hahaha muka kerek hamjad. Bangga la tu naik kereta gomen”

 

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.