Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai budaya, sejarah dan masyarakat yang berbilang kaum. Bahkan kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Semangat kejiranan juga telah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Malaysia sehingga kini.
Pun begitu, sama juga kisahnya tentang seorang wanita berbangsa Melayu ini yang berkongsi video mengenai jirannya yang berbangsa Cina ini di kawasan perumahannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eikinhanipah di laman TikToknya dia memaparkan cerita tentang salah seorang jirannya yang berbangsa Cina sedang menyambut majlis hari jadi anaknya.
Namun, wanita itu tidak dijemput makan kerana makanan yang dihidangkan oleh jirannya itu tidak halal. Sebagai seorang Muslim juga wanita itu semestinya memahami mengapa dia tidak dijemput.
“Jiran Chinese buat birthday party anak. Dia tak jemput makan sebab mostly makanan dia non halal” ujarnya.
Walaupun tidak dijemput, wanita itu terkejut apabila jirannya yang berbangsa Cina itu memberitahu kepadanya untuk tidak membeli makanan kerana mereka mahu memberikan KFC. Wanita itu juga berkata jiran yang baik itu adalah rezeki.
“Pastu dia cakap kakak jangan beli makanan tau malam ni, saya sudah order KFC”ujarnya lagi.
Wanita itu juga menulis kapsyen bahawa terharu dengan keperihatinan dari jiranynya itu yang sanggup membelikan KFC untuk menyambut majlis hari jadi anaknya walaupun tidak bersama mereka.
“It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family.Nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet di laman TikTok juga memuji tindakkan jirannya kerana menghormati sensitiviti agama Islam dan ada juga yang berkongsi cerita tentang jiran mereka yang juga prihatin tentang hal-hal seperti ini.
Antara komen warganet di laman Tiktok:
“Nice lah ada jiran baik hati..dia memang pandai menjaga sillaturahim masyarakat..”
“Dapat jiran yang baik pun salah satu rezeki jugak..Alhamdulillah..”
“Aww so sweet jiran you..bestnya concern about jiran..”
“Allahuakbar jiran baik sangat ni walaupun non muslim dia beli kan kfc kot..”
“Alhamdulillah sis dapat jiran yang baik..we are Malaysia..”
Video yang tular di laman TikTok:
Sekadar info, sehingga kini video itu mencecah sebanyak 2.1m tontonan.