Connect with us

Viral

Generasi Ketujuh Mahsuri ‘Pulang’ ke Pulau Langkawi, Wan Aishah Sekeluarga Curi Perhatian Netizen

Legenda Sumpahan Mahsuri, cerita legenda yang sering menjadi buah mulut para pelancong yang melancong ke Pulau Langkawi. Mahsuri yang dahulunya difitnah sehingga dibunuh, akhirnya dia bersumpah bahawa bumi Langkawi tidak akan aman dan menjadi padang jarak tekukur selama tujuh keturunan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, Wan Aishah Wan Nawawi, 37, generasi ketujuh Mahsuri mengunjungi pulau itu bersama-sama suaminya, Alee Tongyon, 39, dan anak lelakinya, yang juga merupakan generasi kelapan Mahsuri.

Wan Aishah, atau nama Thailandnya, Sirintra Yayee atau Nong May bercuti di pulau itu selama dua hari sejak Khamis yang lalu.

Untuk makluman, terdapat beberapa video mengenai percutian mereka itu tular yang telah dimuat naik oleh pengguna di laman sosial dan Wan Aishah sendiri.

Salah satu video yang tular ialah video TikTok yang telah dimuat naik oleh @miorjohan atau nama sebenarnya Mior Johan Johari, 32, pemilik Restoran Bamboo Chenang yang dikunjungi oleh Wan Aishah sekeluarga.

Jelas Mior, dia telah lama mengenali Wan Aishah sejak 2013 dan keluarga keturunan ketujuh Mahsuri itu sebenarya datang bercuti secara senyap-senyap pada Khamis lalu.

“Keluarga mertua saya sudah lama mengenali keluarga Aishah di Phuket, dan Aishah sendiri pernah hadir ke majlis perkahwinan saya pada 2014.

“Aishah dan suaminya juga sudah banyak kali datang ke Langkawi.

“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” kata Mior.

Wanita yang bernama Wan Aishah ini menetap di Phuket, Thailand ini dikatakan telah menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian.

Mior juga turut menyatakan bahawa selain mengunjungi kedai miliknya, Wan Aishah sekeluarga juga menaiki kapal layar ketika bercuti di pulau tersebut menerusi perkongsian gambarnya di laman Facebook akaun miliknya @Nu May.

Dalam pada itu, laman Facebook rasmi Underwater World Langkawi juga memuat naik satu video yang memperlihatkan kehadiran Wan Aishah, suami dan anaknya di pusat pelancongan terkenal itu.

Menjengah ruangan komen, warganet memuji kecantikan yang dimiliki oleh Wan Aishah.

Antara komen netizen:

“cantik nye dia..🥰”

“muka dia ni ade iras marian rivera klo pakai tudung..cantikkknye”



Video yang tular:

@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.