Connect with us

Semasa

Lebuh Raya Utara Selatan Dipenuhi Sardin, Lori Muatan Terbalik Halang Laluan Kenderaan

Kemalangan jalan raya semakin meningkat tahun demi tahun di seluruh negara. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keselamatan jalan raya.

Begitulah kes yang terjadi baru-baru ini, sebuah lori muatan tin sardin jenama tempatan terbalik di Lebuhraya Utara Selatan laluan arah selatan dekat Kuala Kangsar.

Memetik laporan Sinar Harian, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang di Kilometer 265.9 sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga 3 kilometer (km) kerana semua laluan terhalang.

Mengikut ciapan Bernama, kedudukan lori yang terbalik itu sama sekali menghalang ketiga-tiga laluan jalan raya tersebut termasuk laluan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, menyatakan bahawa kejadian tersebut menyebabkan lori terbabit terbalik dan merintangi laluan dengan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.

“Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar Plaza Tol Kuala Kangsar bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dilakukan,” jelas KP Omar.

Menurut beliau lagi, anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian untuk mengawal aliran trafik bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.

“Kenderaan telah diarah untuk menggunakan laluan alternatif dari Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh,” tambahnya.

Menerusi ciapan Twitter akaun @Plustrafik, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara agar bantu mengurangkan kesesakan pada jam 1:24 petang.

Dikatakan bahawa trafik masih bergerak perlahan dan diminta pengguna jalan raya berkenaan mematuhi papan tanda.

Berdasarkan video yang dimuat naik di Facebook pengguna Taman Seri Gombak, memaparkan seorang penunggang motosikal melalui lebuh raya tersebut sambil cuba mengelak tin-tin sardin yang terkeluar dari lori muatan tersebut.

Meninjau di ruangan komen video berdurasi 40 saat tersebut, rata-rata netizen berseloroh sesama sendiri mengenai insiden tersebut.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang meluahkan ‘rasa’ membazir apabila tin-tin sardin itu jatuh bergolek begitu sahaja di atas jalan raya.

Antara komen netizen:

“Pergh mesti harum bau dia sepanjang jalan”


“Balik rumah, mesti kucing jilat sportrim”

“1 tin RM10, rugi byk oooo…🤣🤣🤣”

“Pembaziran betul”

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.