Setiap wanita mengimpikan lelaki yang bebas daripada sifat baran dan ‘kaki pukul’ untuk dijadikan suami. Manakan tidak, seseorang lelaki sepatutnya menjadi pelindung buat kaum hawa dan bukanlah menjadikan mereka tempat melepaskan amarah dan geram.
Sama juga ceritanya tentang penyanyi terkenal Shila Amzah yang meluahkan pendapatnya tentang lelaki baran di Instagram Story miliknya dan meminta wanita lain berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Sebelum ini, Shila memberitahu dia tidak pernah menutup pintu hati selepas gagal dalam berumah tangga namun akan lebih berhati-hati soal pasangan.
Menerusi Instagram Stories miliknya dia membuka ruang untuk kalangan peminat yang ingin bertanyakan soalan-soalan berkenaan dirinya atau soalan ‘random’.
Di salah satu Instagram Storiesnya, ada seorang pengikutnya yang menanyakan soalan mengenai ciri ciri lelaki yang mempunyai ‘red flag’ dalam perhubungan.
Jawapan Shila ia lelaki yang bersikap panas baran, kaki maki dan kaki pukul. Dia juga berkata ciri lelaki yang disebut itu tidak mempunyai ‘common sense’.
Shila Amzah mendapat sokongan dan persetujuan ramai warganet yang juga mengakui takut berdepan dengan lelaki yang mempunyai ciri suka melakukan kekerasan terhadap wanita.
Dia juga menceritakan pengalamannya yang pernah berada di situasi tersebut.
“I pun agree Sha.Seram with maki pukul hamun type of guys. Like woman are living in lots of fear. Hope kita dijauhkan from guys like them” ujar seorang pengikutnya di ruangan pertanyaan.
“Been there done that, memang sera. The thing is diorang ni nampak sweet tau. Memang bahaya so korang kena hati-hati okay” balasnya.
Dia juga meminta agar wanita di luar sana berhati hati kerana semangnya lelaki baran adalah bahaya dan masih wujud.
Sekadar info,Pada 3 November 2017, Shila selamat bertunang dengan lelaki pilihannya bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.
Pada 8 Februari 2022, Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.