Connect with us

Viral

‘Live Location’ Yang Dihantar Isteri Terhenti Di Klinik, Rupanya Sudah Terbabit Nahas Buat Ramai Sebak

Siapa sangka, ‘live location’ yang digunakan untuk memaklumkan keberadaan kita kepada orang tercinta akhirnya ‘terhenti’ kerana dijemput Ilahi.

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini dimana 2 pengadil kejohanan ragbi di Keningau, Sabah terlibat dalam nahas jalan raya semasa pulang menuju ke destinasi masing-masing kelmarin mengundang sebak ramai.

Mangsa pertama yang dikenali sebagai Cikgu Zakwan dikhabarkan telah sedarkan diri namun dikhuatiri mengalami keretakkan pada bahagian pinggul.

Manakala mangsa kedua iaitu Cikgu Lina tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menerima rawatan.


Menerusi perkongsian di laman Facebook suaminya sendiri, Razvi Musily, dia tidak menyangka bahawa mesej bersama isterinya pada isnin lalu merupakan mesej terakhir mereka.


Allahyarhamah Nuraslina juga sempat membeli makanan buat suami dan anaknya ketika dalam perjalanan pulang namun apa yang menyedihkan adalah ‘live location’ yang diberikan terhenti di sebuah klinik kesihatan.


Menerusi sebuah lagi perkongsian dipercayai daripada sahabatnya Ardie Cakke, difahamkan allahyarhamah merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan sentiasa menghulurkan tangan disaat memerlukan bantuan.

Beliau juga menyifatkan bahawa pemergian ini sangat perit untuk diterima namun terpaksa akur dan reda dengan segala ketentuan yang sudah pun tertulis.

“Insyaallah ambulans akan bergerak ke Tanah perkuburan Pasir Putih Tawau dalam jam 9:30 pagi dan dijangka sampai selepas Asar” ujar suaminya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sayu mendengar khabar pemergian wanita ini apatah lagi bila membaca setiap bait mesej yang dihantar melalui whatsapp. Netizen berharap agar suaminya dikurniakan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar roh Allahyarham Nuraslina dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-rang yang beriman.

Antara komen warga maya:

“Salam takziah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman”

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. pilu betul tengok chat kamu..”

Video yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.