Connect with us

Selebriti

Dianggap ‘Tikam Belakang’ Agen & Stokis, Neelofa Umum HQ Jual Inai NunHa Di Shopee

Isu inai NunHa ini seolah-olah tiada penghujungnya. Manakan tidak, ada sahaja kontroversi yang melanda produk usahawan terkenal iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor ini.

Terdahulu, pernah timbul isu dimana ramai yang meragui halal haramnya bahkan ada juga yang mengkritik warnanya yang agak gelap seolah ‘tersepit pintu’ dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, lebih teruk lagi apabila muncul pula satu dakwaan yang mengatakan ejen dan stokis produk tersebut merungut inai tidak habis dijual malah ada yang sudah serik menjualnya dan ingin menjual balik stok tersebut dengan harga murah demi mendapatkan semula ‘modal’ asal.

Masih tidak reda dengan isu lambakan stok tersebut, baru-baru ini dikatakan Neelofa memuat naik satu posting di Insta Story miliknya dengan memaklumkan kini inai NunHa telah dijual di Shoppe Innai NunHa HQ.

Perkhabaran itu jelas menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan agen dan stokis innai NunHa kerana jelas ianya akan mengganggu jualan mereka.

“Apa guna ada stokis and agents kalau HQ buka jualan untuk HQ dekat Shopee.. Tamak.”


Bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghabiskan stok di tangan jika HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan Neelofa seolah-olah ingin ‘menikam belakang’ para agen dan juga stokis.

Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan bahawa hal seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana ianya akan menyekat rezeki banyak pihak apatah lagi buat mereka yang mengambil stok dalam kuantiti yang banyak.

Antara komen warga maya:

“kesian agent dia.. teraniaya modal beribu-ribu”

“tamaknya.. kesian agent2..”


“tengok susu pishang dia je cukup.. kesian diorang nak buat sales susah..”

“sape pernah jual produk2 dia tahu lah game dia”

 

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.