Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.
Menurut sumbera, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.
Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Sementara itu, cubaan media mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.
“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula.”
Sebelumnya, media melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.
“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.
Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram, Noh telah mengesahkan perpisahan mereka.
BismillahiRahmaniRahim,
Nina and I have an important announcement to make.
After much thought and careful consideration, we have both mutually agreed on going our separate ways.
Alhamdulillah, we are grateful to Allah for allowing us to spend 11 beautiful years together with all the ups, downs and adventures. We also would like to thank all our supporters for showing us much love all these years. Don’t worry, we are still friends and we wish well for each other.
We can plan but Allah’s plans are far greater.
Please make lots of du’a for us especially during this Iddah period, we would appreciate everyone to respect our privacy, and in keeping with among others Sura’ Al Hujurat verse 12, to not speculate or spread false assumptions about us to avoid fitnah. Your du’as and prayers are what we need.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.