Connect with us

Viral

Tayang Aksi Tak Senonoh, Aksi Pasangan ‘Rempit’ Atas Motor Buat Netizen ‘Mengucap’

Tidak dapat dinafikan, anak-anak zaman sekarang sukar untuk dibentuk. Ada sahaja tindakan luar kawalan yang mereka hendak lakukan dan akhirnya menyusahkan ramai pihak.

Terkadang, ianya juga bermula oleh kerana pengaruh rakan sebaya atau salah dalam memilih kawan sehinggakan anak zaman kini ‘hanyut’ melakukan keburukkan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah pasangan remaja dikatakan melakukan aksi yang tidak senonoh di atas motor mengundang amarah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Facebook The Bikers Ranger dapat kita lihat sekumpulan remaja yang menaiki motorsikal dan ramai daripada mereka memakai baju yang sama.

Pun begitu, terdapat satu pasangan dimana membuat aksi yang sangat memalukan dan menjatuhkan maruah diri sendiri.

Posting itu juga disertakan dengan kapsyen menyelar tindakan berani lelaki dan perempuan itu yang dilihat saling berhadap-hadapan diatas satu motosikal.

Dapat juga kita dengar beberapa geng motor yang hadir memulas minyak dan membuat bunyi bising di sekitar kawasan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘mengucap’ sebaik sahaja melihat video tersebut kerana jelas menunjukkan ianya adalah satu aksi yang keterlaluan.

Bukan itu sahaja, netizen juga tudak menafikan anak muda zaman kini seolah-olah sudah hilang perasaan malu dan melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu.

Antara komen warga maya:

“disebabkan sikap yang macam ni juga la merosakkan semua imej pencinta dua roda”

“ni kalau depan mata sauk dengan helmet dedua baru ada akai”


“kelompok macam ni la elok kena pukat, memburukkan pada yang lain2”

 

“bodoh tak boleh nak ajar cerdik tak boleh ikut”

Video yang tular di Facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.