Connect with us

Viral

Anak Nangis Penat Naik Tangga Tingkat 17 Kerana Lif Rosak, Ibu Luah Serba Salah Tengok Anak Hidup Susah

Sebagai seorang ibu, sudah pasti kita tidak sanggup melihat anak dikandung 9 bulan lamanya hidup susah. Tentunya kita akan melakukan apa sahaja demi melihat mereka gembira.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu bernama Puan Sasya Syanina berkongsi rasa sedih nelihat anaknya yang menangis kepenatan menaiki tangga rumah PPR mereka mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, dia akui serba salah dengan cahaya matanya kerana belum mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa buat mereka.

“setiap hari aku doa nak hidup selesa sikit, bukan utk aku,tp utk anak anak.. aku tau Allah tak nak bg skrg, Allah nak bgnanti.. ade hikmah kite susah skrg dgn anak anak, bukan aku tak bersyukur dgn rezeki Allah, bukan aku tak
boleh hidup susah, tp aku tak kuat tgk anak anak nangis, tgk anak jatuh tangga, aku rase berdosa biar anak hidup
susah..”

“kau tau tak perasaan sebak aku nih jd mak, aku rase looser sebab tak boleh ade kan rumah terbaik utk anak.. hari hari panjat tangga ke tingkat 8 bukan benda biasa utk kami anak beranak..”

“tolong doakan kami dpt keluar dari PPR nih cpt ya, kami tak mampu beli lg, tp InsyaAllah mampu sewa rumah lain…. aku tak pernah mintak simpati melalui anak, tp Allah je yg tau hati aku, hati seorang mak nih..”


Difahamkan, wanita ini juga simpati dengan nasib golongan OKU, warga emas dan ibu mengandung yang tinggal di PPR tersebut.

“kami duduk 17 tingkat bukan 7 tingkat.. dekat blok ni ade ibu mengandung, ade anak kecik, ade warga emas, ade
org OKU.. bayangkan org dIm pantang naik tangga, org OKU tidur dlm kereta sebab tak boleh naik lift dgn kerusi
roda?”

“ramai je geng blok D dah call pengurusan dah call Suk, tp kami dibuat mcm bola, dia pass A dia pass B dia pass C
sampai kami taktau nak mengadu dgn siapa lg.. kami manusia bukan binatang, kami penat dgn semua nih..”

“bila call dia suruh sabar, org waras pun boleh hilang akal kalau mcm nih setiap hari.. takan sebab kami bayar
RM124 sbulan nak aniaya kami mcm nih…”

Lebih menyedihkan, anaknya sempat pulang ke rumah untuk makan dan berehat sementara menunggu waktu masuk sekolah sesi petang, namun disebabkan isu ini, wanita ini terpaksa membawa baju sekolah agama dan tukar di masjid yang berdekatan.

“anak saya da dua kali jatuh tangga sebab kan lift.. anak sulung balik school jam 1.20ptg spatutnye boleh balik
rumah makan dan mandi sementara tunggu masuk school agama jam 3ptg tp terpakse saya bwk kan baju school agama salin kat Masjid berdekatan, dan makan dlm kereta” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan anaknya yang kepenatan kerana terpaksa menaiki tangga.

Bukan itu sahaja, netizen juga bereng dengan pihak pengurusan kerana tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut dan mengambil masa terlalu lama untuk membaik pulih lif.

Antara komen warga maya:

“saya yang tengok pun kesian..sedih dengar anak menangis macam tu sebab dah tak larat..”


“kesiannya especially warga emas dan kanak2 nak kesekolah..”

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.