Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, tentu terngiang-ngiang lawaknya yang spontan. Manakan tidak, ada sahaja yang hendak dibuatnya untuk membuat penonton tidak kering gusi.
Bukan sahaja sering menjadi pelakon, pelawak dan pengacara bahkan dia juga kini merupakan salah seorang daripada penyampai radio di Sinar FM.
Baru-baru ini jep menjadi sebutan apabila dikatakan sudah mempunyai akaun TikTok sendiri!
Manakan tidak, Selepas rancangan Sepahtu Reunion dengan kehadiran Ryan Bakery sebegai tetamu jemputan, Jep nampaknya ‘teracun’ dan terus membuat akaun TikTok dengan nama @Jeptapan.
Apa yang lebih melucukan adalah dia siap ‘mempromote’ akaun TikToknya itu di laman Instagram dan memaklumkannya menerusi siaran langsung di Sinar FM Pagi.
Siapa sangka, dalam masa beberapa jam sahaja, dia kini sudah berjaya mengumpul jumlah pengikut sebanyak 41.7K di TikTok.
Tidak cukup dengan itu, jep memuat naik satu-satunya video di laman TikToknya dimana dia kelihatan sesang merenung ke luar tingkap sambil berdiri dengan kapsyen memaklumkan dia tidak faham dengan ‘fyp’ yang diperkatakan.
Video yang kelihatan sangat ‘simple’ dan ‘effortless’ itu nyata meraih perhatian ramai dan kini sudah mencecah 508.1 Ribu tontonan! Memang luar biasa penangan Jep Sepahtu ni!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat Jep yang kini sudahpun mempunyai akaun TikTok sendiri malah tidak sabar ingin memihat content yang akan dilakukannya.
Bukan itu sahaja, netizen juga tidak menyangka dengan hanya melakukan satu video yang sangat simple mampu meraih tontonan yang tinggi serta terus #fyp!
Antara komen warga maya:
“Kena rashun dengan Ryan la ni”
“@RyanBakery pesaing baru TikTok ni.. Tak boleh cari makan nanti, sifu dah mari”
“Fuhh Jep dah ada account. Ini Memang Jep punya ye, dia bagitau tadi kat Sinar FM”
“tak sekarang ni dia diri pandang luar tingkap pun aku dah gelak”
“Baru first content dah fyp”
Video yang tular di laman TikTok: