Seperti yang kita tahu, Singapura menyambut Hari Kebangsaan mereka pada 9 August. Tidak dinafikan, banyak kenderaan keluar sehingga menyebabkan trafik sesak bahkan orang ramai terpaksa menunggu berjam-jam dalam barisan.
Pun begitu, dalam pada ‘stress’ menghadap jem, dua beradik ini dikatakan bertemu seorang pemandu Honda Civic yang menggunakan cara lain daripada yang lain untuk memotong barisan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Joanna Loh, dapat kita lihat lelaki tersebut menghulurkan ‘pasport Malaysia’ untuk memotong barisan.
Difahamkan situasi sesak hampir 4 jam semasa kenderaan berbaris bagi menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Linkedua, Gelang Patah.
Pada awalnya, wanita ini dan kakaknya dalam perjalanan menuju ke Malaysia dengan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Singapura, namun tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki honda dengan nombor pendaftaran Malaysia ingin memotong daripada arah kiri.
“Dia mahu memotong barisan di hadapan kami dan dia tidak memberikan lampu signal untuk memotong. Kalau ikutkan, kami tidak perlu memberi laluan pun. Tetapi jika dia sopan, sudah pasti kami akan berikan laluan kepadanya,” petik hantaran Facebook Joanna.
Disebabkan itu, pemandu honda terbabit selamba mengeluarkan passport Malaysia dan menunjukkan ke arah wanita ini. Dalam masa yang sama, Joanna turut menunjukkan pasport Malaysia yang dimilikinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap lelaki tersebut yang seakan memalukan nama negara semata-mata hanya untuk memotong barisan.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang ‘tag’ atau melakukan ‘hashtag’ Polis Dijara Malaysia serta Jabatan Pengangkutan Jalan Johor agar lelaki tersebut diambil tindakan lanjut.
Antara komen netizen:
Video yang tular di Facebook: