Sejak dahulu sudah menjadi kebiasaan seseorang wanita yang dahulunya berhijab namun lama kelamaan mengambil keputusan untuk membuka tudung. Bahkan dikalangan selebriti juga pekara sebegini sering berlaku. Mereka sentiasa memberikan alasan ‘masih tidak bersedia’ untuk mengenakan penampilan berhijab.
Namun, baru-baru ini pelakon Ummi Nazeera tampil menyuarakan pandanganya mengenai isu rakan selebriti yang berhijab tetapi akhirnya ‘free hair’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @umminazierra memaparkan pelakon drama Risik Pada Hati yang meluahkan perkara ‘buka tudung’ sepatutnya tidak patut di normalisasikan di kalangan kaum wanita yang beragama Islam.
“It’s not normal, it’s not right..”
“So i minta orang sekeliling i yang menyayangi i tolonglah doakan i supaya i tak buka tudung i risau itulah pengakhiran, kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung nanti pengakhiranya di pakai tudung, kita tak tahu amin Insha’Allah” katanya.
Ummi juga menitipkan doa buat rakan-rakan selebriti agar menemui kembali ‘jalan lurus’ suatu hari nanti. Pelakon itu juga menyifatkan perkara ini seperti ‘penyakit’ kerana ramai wanita zaman kini yang melakukannya.
Tidak lupa juga, di akhir pandangannya itu, Ummi memberi nasihat kepada wanita di luar sana untuk cari semula Allah S.W.T seandainya mempunyai niat untuk membuka tudung kerana itulah kelebihan seorang manusia.
“Kelebihan kita adalah kita ini ada nafsu, itulah kelebihan manusia kenapa Allah sayang sangat pada kita sebab kita ada nafsu pun kita masih pusing balik kepada Allah” tambahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ummi Nazeera mengenai isu membuka tudung.
Bukan itu sahaja, ada yang menyukai cara percakapan Ummi yang lemah lembut sambil memberikan nasihat.
Antara komen warga netizen di laman TikTok:
“Betul pengakhiran kita tak tau so tak payah merasa diri kita ni terlalu baik sampai nampak orang lain jahat n tak sempurna”
“Kalau lah netizen memahami dan berfikiran positif macam ummi”
“Masha’Allah tersusunnya kata kata dia..bagus tak menyakitkan hati mana-mana pihak bagus sangat..”
“Suka dengan vibe ummi..tegas dalam lembut..”
Video yang tular di laman TikTok: