Sebut sahaja tentang si bulus oyen ni, memang banyak telatah dia yang boleh kita lihat di media sosial. Manakan tidak, Ada sahaja perkara pelik yang hendak dilakukannya.
Jadi tidak hairanlah jika oyen seringkali menjadi ‘favourite’ pencinta kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seekor kucing dikatakan ‘bertukar’ menjadi CCTV mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @red.burn, dapat kita lihat Si Oyen seakan mengintai dari sebuah lubang di atas siling rumah.
Difahamkan Oyen sebenarnya tersangkut di lubang lampu tersebut. Memang nakal betul perangai Oyen ni, banyak-banyak tempat, situ juga dia nak duduk!
Ruangan tersebut adalah untuk diletakkan mentol lampu tapi muat pula dia tersangkut di situ.
Bila di imbas balik video tersebut, dah macam CCTV pula Si Oyen ni, senyap-senyap buat kerja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat oyen yang seolah-olah tiada tempat lain untuk bermain.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan Oyen merupakan sejenis kucing yang tak tenang jika tak buat masalah. Ada sahaja benda pelik yang hendak dilakukannya.
Antara komen warga maya:
“Dunia luas Yen..Kat situ jugak ko main”
“Biarkan dia. Sekarang dia lampu bukan Oyen”
“Sejenis Oyen yang tak kan tenang selagi tak buat masalah”
“Allahu mahu luruh jantung ni kalau tetiba nampak mata dia je atas tu”
Video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 854.7K tontonan, 93.2K tanda suka, 2693 komen, 4262 simpanan dan 5078 perkongsian di applikasi TikTok.