Ramai di antara rakyat Malaysia sekarang yang menggunakan aplikasi media sosial sebagai satu platform untuk mereka menunjukkan bakat masing-masing.Ada sahaja yang berkongsi konten-konten seperti rutin harian, masakan, nyanyian bahkan ada juga yang menari.
Namun, tidak semua orang suka dengan konten-konten yang berunsurkan negatif dan ada juga netizen yang merasakan video seperti menari kurang elok untuk dipaparkan di khalayak umum.
Pun begitu, sama juga seperti Lan Solo yang merupakan bekas vokalis kumpulan Kristal ini telah menjadi perhatian warganet di laman Instagram apabila berkongsi satu video.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram memaparkan isterinya Sheila Hassim dan anak sulung perempuannya yang sedang menari.
Meskipun di kapsyen penyanyi tersebut hanya ingin memberikan hiburan kepada pengikutnya di waktu pagi namun ada netizen yang salah faham dengan video tersebut dan menyifatkan anak Lan solo terkinja-kinja semasa menari.
“Monink gaisss! Nahhh.. Video semangat pagi drpd anak sulong aku.. kot2 ada yg lesu masuk opis boleh la try2 step ni..kompom urat sendi semua longgar! Jap2.. bini aku buat apa pulak tu? OH PUAN @sheilarazlan nak regang2 jugak ke tu?” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, ada pengikutnya memberikan respon positif dan terhibur dengan telatah anak Lan dan juga isterinya yang seakan-akan lupa ‘step’.
Pun begitu, terdapat sesetengah daripada netizen yang mempersoalkan tindakan Lan Solo yang membenarkan anak perempuannya menari sebegitu.
Antara komen warganet di laman Instagram:
“Hahah…yang maknya belakang tu dah kenapa?! Kelako”
“Bila anak lagi pro dari kita mak-mak ni..redha je la..”
“skrg dunia akhir zaman.. Sepatutnya ibu bapa dapat mendidik anak2 kearah g lebih baik.. Pelajari dan dalam ilmu akhirat.. Mungkin xde yg berani tegur.. Semoga Lan dan isteri dpt petunjuk dan hidayah…. Jgn tunjuk kn perilaku anak seperti ini di tontonan umum…. Lpas ni klu tunjuk lagi, saya akan unfollow..”
“Elok sangat lah ajar anak terkinja-kinja..”
Video yang tular di laman Instagram:
Sekadar info, Lan Soloh mendirikan rumah tangga bersama Nur Sheila Hassim yang juga pengurusnya pada 6 Disember 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan empat orang anak iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.