Connect with us

Selebriti

Dakwa Bakal Lari Kalau Suami Pakai Kereta Buruk, Eriyca Baiduri Bidas Komen Netizen

Menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah satu pencapaian yang mudah, sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi. Menaikkan nama jenama produk sendiri juga merupakan satu proses yang memerlukan masa yang lama untuk mencapai tahap yang boleh dikenali oleh orang ramai.

Pun begitu, sama juga dengan Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid ini adalah pengasas kepada produk kecantikan tempatan Noir Health & Beauty.


Baru-baru ini Madammu telah tampil menjawab komen netizen menerusi platform TikTok yang telah tular. Seorang pengguna TikTok berkenaan telah meninggalkan komen “Cuba laki pakai kereta wira buruk dah lama bini lari” tulisnya.

Memetik laporan Media Hiburan, Madammu menjelaskan ketika berkahwin pada tahun 2015 bersama suaminya Azri yang ketika itu merupakan lelaki biasa dan bukanlah seorang yang kaya raya seperti yang disangka oleh beberapa pihak.

“Sebenarnya saya taklah marah dan geram. Saya faham, tak semua orang kenal kita, tak semua orang tahu kisah kita dan tak semua orang tahu cerita kita. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini kami berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula daripada sederhana.”

“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik. Dia akan membahagiakan dan menjaga saya dengan baik”.

“Jadi, itu yang sebenarnya saya nak dalam rumah tangga. Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga saya.”

“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak. Sebab itu dalam rumah tangga ini niatnya kena betul. Jadi, saya okay saja dengan komen itu,” katanya.

Bermula dari tinggal di rumah sewa dan akhirnya dapat membeli rumah sendiri itu merupakan satu kejayaan sehingga berjaya membina empayar bisnes mereka sekarang.

“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah. Saya faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.”

“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah saya punya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya lagi.

Eriyca membalas pertanyaan pengguna itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyokong Madammu bersama suaminya dan menyifatkan Madammu tidak cepat melatah dengan dakwaan yang diberi pengguna TikTok tersebut.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Ramai yang tak tahu kot yang madam lagi kaya”


“Takpe lah mana mana, madam sampai tahap ni atas usaha dia sendiri”

“Dari wira lah banyak berjasa pada kami”

“Founder yang sangat cool bila kena kecam dari netizen”

Video yang tular di laman TikTok:

@eriyca.baiduri Replying to @shamsudinzakaria94 ♬ Jaga Jaga – Azarra Band & Beby Acha

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.