Connect with us

Global

Meninggal Dalam Hutan, Paramedik Terpaksa Ikat Mayat Pada Badan & Dibonceng Guna Motosikal

Kematian ini tidak boleh dijangka, kadang kala yang tampak begitu sihat sekalipun tiba-tiba dikhabarkan meninggal. Tidak akan cepat mahupun lambat walau sesaat sekalipun.

Begitu juga dengan kes baru-baru ini yang terjadi di Thailand, seorang lelaki didapati rebah meninggal dunia ketika memetik buah-buahan di hutan.

Memetik laporan mStar, pasukan paramedik terpaksa membawa mayat lelaki tersebut ke hospital dengan mengikatnya di belakang badan mereka, sambil menunggang motosikal.

Hal ini disebabkan tiada cara lain untuk mengusung mayat tersebut keluar daripada kawasan tersebut kerana laluan itu tidak boleh diakses oleh trak pikap.

Difahamkan, Montree Phiewphong yang merupakan pekerja kecemasan, bersama abangnya Apichart membawa keluar mayat seorang penduduk kampung, Leuang Chodkasem, 73, di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lepas.

Montree dan Apichart bergilir-gilir mengikat mayat lelaki tersebut pada belakang badan mereka dan menunggang motosikal dengan melalui kawasan terpencil di hutan Taman Negara Thap Lan.

 

Berdasarkan satu rakaman video, mayat tersebut dilihat telah ditutupi dengan kain putih lalu diikat pada badan salah seorang daripada adik beradik itu.

“Ini adalah satu-satunya cara untuk membawa mayat keluar dari lokasi kejadian.

“Laluan terlalu sempit untuk kereta, jadi kami perlu mengikatnya dengan selamat di belakang motosikal kami,” ulas lanjut Montree.

Leung dikatakan telah berjalan jauh ke dalam hutan pada 13 Ogos lalu untuk mencari beberapa buah untuk dituai.

Namun begitu, Leuang tidak pulang ke rumah sejak hari itu menurut kenyataan anak lelakinya.

Suatu operasi pencarian Leong telah dijalankan dan akhirnya lelaki itu sudah ditemukan tidak bernyawa di bawah sebatang pokok pada 14 Ogos.

Pihak berkuasa juga telah dipanggil untuk membantu mengeluarkan mayat berkenaan.

Walau bagaimanapun, terbukti proses membawa mayat tersebut sukar dilakukan kerana lokasi kejadian terletak lebih 30 minit dari rumah terdekat.

Ekoran hal demikian, Montree dan Apichart terpaksa mengusung mayat itu dengan menggunakan motosikal.

Akhirnya, mayat Leuang dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao untuk bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Video mayat dibawa keluar menggunakan motosikal:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.