Connect with us

Semasa

Status Halal Peniaga Nasi Ayam Diragui, JHEAIPP Jalankan Siasatan Lebih Lanjut

Kebelakangan ini, terdapat banyak kedai yang diragui status halalnya. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan ke atas beberapa kedai bagi memelihara kebajikan orang Islam.

Memetik laporan Kosmo, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai isu peniaga yang menjual nasi ayam dan itik pada hari ini.

Hal ini dilakukan ekoran dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara di sini yang mengambil bekalan nasi ayam dan itik di premis perniagaan bukan Islam.

“Namun semakan dengan lebih terperinci perlu dijalankan lagi bersama beberapa agensi lain terhadap peniaga berkenaan hari ini,” jelas jurucakap JHEAIPP berhubung siasatan tersebut.

Sebelumnya, tular satu video di media sosial Facebook mengenai dakwaan tersebut yang menyatakan bahawa peniaga Muslim di Sungai Ara mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam di Paya Terubong.

Susulan dakwaan tersebut, muncul perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengguna terutamanya pelanggan Muslim kerana merasakan mereka telah tertipu mengenai status halal makanan yang dijualnya.

Namun begitu, peniaga terbabit telah tampil menjelaskan situasi tersebut dengan menafikan bahawa mereka mengambil bekalan makanan itu di kedai peniaga bukan Muslim.

Peniaga berkenaan mendakwa bahawa mereka telah memasak sendiri nasi ayam dan itik itu di sebuah premis yang beroperasi di sebuah pusat membeli belah popular di Georgetown, Pulau Pinang sebelum dibawa masuk untuk jualan di premis di Kampung Baru, Sungai Ara.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen menggesa agar pihak bertanggungjawab segera jalankan siasatan ke atas premis kedai makanan tersebut kerana dikhuatiri status halalnya.

Selain itu, ada juga warganet yang cuba berfikiran positif dengan menyatakan bahawa kemungkinan mereka hanya ‘tumpang’ atau menyimpan bekas jualan mereka sahaja di premis makanan yang terpapar di video tersebut.

Antara komen netizen:

“Klu btoi kes nie mohon pihak berwajib mengambil tindakan buat peniaga nie….”


“Semoga ada tindakan sewajarnya..Kesian org melayu Islam pekena org Melayu”

“Kurang ajaq lah depa ni….minta pihak atasan ambik tindakan sewajarnya..”

“Dia simpan bekas barang ja kot kat kedai tu…”

 

Video yang tular di laman sosial Facebook:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.