Terdahulu, tular sebuah video rakaman Ifa Raziah dan usahawan kontroversi Kak KM yang sedang bergelek di satu majlis yang meraikan acara akikah serta ulang tahun perkahwinan rakannya. Manakan tidak, aksi tersebut jelas tidak menghormati tujuan majlis akikah yang sebenar.
Malah Ifa Raziah juga telah tampil dan menjelaskan bahawa sebagai seorang penyanyi dangdut, tarian gelek itu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya. Penyanyi ini mengatakan dirinya bukan sesuka hati untuk berbuat sedemikian sekiranya tanpa bayaran.
Terbaharu, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ahmad Dusuki telah tampil menegur kenyataan selebriti itu bahawa persembahan yang diakukan adalah atas urusan kerja dan semuanya dibayar.
Menerusi laman Instagram milik Ustaz Ahmad Dusuki, pendakwah ini membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan tidak semua hal di dalam dunia ini diterima sebagai keuntungan dalam kehidupan dan takut akan membawa kecelekaan kelak.
“Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.”
“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini..” tulisnya di ruangan kapsyen
Pendakwah bebas ini sempat mempersoalkan aksi gelek penyanyi itu di akhir katanya.
“ Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?”… bangganya kau!!” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kata-kata yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki berkenaan Ifa Raziah yang seakan-akan bangga dengan tindakannya itu. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan duit yang diterima penyanyi dangdut itu bukan dari tariannya tetapi rezeki yang datang dari Allah.
Antara komen warga netizen di laman Instagram:
“Duit, makan, rezeki tu semua dari Allah Taala..bukan dari gelek..”
“Dia menanti saat bila dah tua.. dah tak boleh gelek…baru dia tau..Allah tu ada..!!!”
“Terima kasih ustaz menegur bagi pihak kami… Semoga Allah bagi Nur kpada yang bongkak itu…”
“Bila kekayaan yg dimiliki tu dikatakan istidraj..marah.. Tp Allah nak uji hambanya supaya sedar.. Semoga kita semua terus istiqamah menjadi muslim sejati..insyaallah”
Pautan yang tular di laman Instagram: