Connect with us

Viral

Bengang Anak Dapat ‘Goodies’ Tak Berkhasiat , Netizen Tampil ‘Sekolahkan’ Wanita Ini

Tidak dinafikan, ada sesetengah penjaga yang sangat menitik beratkan pemakanan anaknya bahkan ada yang mengutamakan diet dan jenis makanan yang diambil setiap hari.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu dikatakan berang dengan sikap sesetengah individu yang memberikan makanan tidak berkhasiat sebagai ‘goodies’ (buah tangan) hari jadi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, dapat kita lihat dia berasa kurang senang dan mempersoalkan tindakan ibu bapa yang seakan tidak boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara.

“Sekadar hendak meluahkan. Jajan dari majlis hari jadi di sebuah pusat asuhan anak saya tadi.”

“Saya tak faham, betul-betul tak faham kenapa ada parents yang macam ni. Adakah disebabkan anak dia makan jajan tu, jadi dia fikir anak-anak orang lain pun sama?”

“Takkanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yang baik dan buruk. Ajar budak-budak makan benda-benda macam ni,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.”


Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan bahan dan kandungan dalam makanan yang diagihkan.

“Sudahlah awak bagi anak awak makan benda tu, pergi agih-agih pula dekat taska. Tak ada rasa bersalah ke? Orang tak sekolah pun tahu makan jajan ni tak bagus, bahaya.”

“Banyak bahan pengawet. Gula-gula rosakkan gigi. Budak kecil pun tahu. Geram tahu. Tadi saya dah call owner pusat asuhan, dia akan cakap personal dengan orang tu,” katanya lagi.

Pengguna Facebook itu juga sempat menasihati ibu bapa agar tidak memanjakan anak dengan makanan ringan, bukan itu sahaja, pelayar ini sempat mencadangkan bentuk pemberian goodies kepada makanan sihat seperti buah-buahan atau baucar.

“Jadi tolonglah parents di luar sana jangan ajar anak-anak makan jajan. Kasihankan anak tu. Takkan nak tunggu anak tu sakit baru nak berubah.”

“Yang terakhir, kurang-kurangkanlah bagi jajan masa sambut hari jadi anak. Cuba bagi benda lain buah buahan epal ke, oren ke, buku ke, soft toys ke, voucher Jusco ke… Okaylah juga, bolehlah ibunya tumpang sekali shopping kan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen tidak bersetuju dengan cadangan wanita ini dan menyifatkan dia seakan tidak bersyukur dengan pemberian orang lain.

“Alahai kak. Suruh anak tu pos dekat saya. Saya nak makan. Akak tahu tak, mengajar anak tentang adab berterima kasih dan bersyukur adalah seribu kali lebih baik daripada menjaga pemakanan dia. Dan adab tu sendiri perlu wujud dari diri akak sendiri. Salah satu cara, stop mengadu benda tak patut macam ni dekat Facebook. Memperkecilkan ibu bapa yang lain.”- Netizen

Antara komen warga netizen:

“Hargai pemberian orang.. kau tak bagi anak2 makan, tak payah sibuk nak up bagitau orang lain macam ni macam tu.. menyampah betul orang macam ni”

“emak ni hantar je anak dalam hutan. Kalau ada besday, boleh makan tumbuh-tumbuhan hijau”



Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.