Kasih sayang adik beradik ni sememangnya takkan putus hingga ke akhir hayat. Gaduh lah macam mana sekalipun, hujung-hujung akan berbaik juga.
Bila dah namanya ‘darah daging’, tentu kita tidak sanggup melihat adik beradik yang lain susah apatah lagi jika mereka terdiri daripada individu OKU (Orang Kelainan Upaya).
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang adik dilihat menguruskan kakaknya yang ingin ke sekolah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @Geehan, dilihat kedua-dua mereka sedang bersiap untuk ke sekolah dengan memakai pakaian seragam.
Pun begitu, apa yang membuatkan ramai terharu adalah apabila salah seorang daripada mereka yang dipercayai adiknya membantu kakak yang merupakan kanak-kanak istimewa untuk memakai kasut.
Bukan itu sahaja, si adik juga akan memimpin tangan kakak ketika berjalan agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini dan memastikan kakaknya berada dalam keadaan selamat.
Dalam masa yang sama, ibunya turut meluahkan rasa syukur melihat anak-anaknya yang saling menjaga antara satu sama lain dan berharap agar si adik akan terus membantu kakak hingga akhir hayat.
“Terima kasih Ya Allah.. semoga dah besar nanti adik akan bantu Kak Dik ye sayang.. semoga kasih sayang mereka ke akhir hayat” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat sikap anaknya yang masih kecil namun mempunyai fikiran yang dikatakan matang dimana mampu membantu kakaknya.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga bangga dengan didikan yang diberikan daripada ibu bapa sehingga anaknya saling berkasih sayang antara satu sama lain.
Antara komen warga maya:
“baguss nyaa caraa awak mengajar anak awak”
“lentur buluh dari rebungnya, terbaik la kak didik anak.. ”
“sudah pandai memikul amanah..”
“nampak adik matang sangat.. sebab dia tahu kakak dia macam tu”
“Ya Allah mengalir air mata tengok adik ni.. adik jaga kakak baik2 ye”
Video yang tular di laman TikTok: