Connect with us

Global

‘Handphone’ Dicuri Ketika Live IG, Muka Pencuri Terpampang Di Skrin

Kes kecurian merupakan salah satu kes jenayah yang semakin meningkat hari demi hari. Oleh itu, kita harus lebih berhati-hati tidak kira di mana sahaja kita berada kerana ‘malang tidak berbau’.

Menurut laporan Jakarta Info, tular satu video bertempat di Indonesia yang memaparkan seorang lelaki melarikan telefon bimbit milik mangsa yang sedang membuat ‘live’ Instagram (IG) pada ketika itu.

Difahamkan, video yang dimuat naik oleh pengguna IG @jktinfo24jam memaparkan dua orang wanita sedang meminum kopi di sebuah warung yang terletak Jalan Bali Matraman di Manggarai Selatan, Jakarta.

Mangsa menjelaskan bahawa dia baru sahaja ingin menikmati makan petang kerana baru sahaja pulang dari hospital menjaga ibunya yang sakit.

“Saya sama temen sedang ‘live’ Instagram. Saya bener-bener enggak sadar. Kirain dia mau bayar indomie. Dia pesen mie gitu. Eh ternyata maling,” ujar mangsa berikutan kejadian tersebut.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mukanya terpampang jelas di skrin ‘live’ IG itu yang dipercayai senyap-senyap memerhati mereka berdua sebelum melarikan telefon bimbit berkenaan.

Mangsa juga dikatakan telah cuba menghentikan pencuri itu ketika dia mahu melarikan diri bersama rakannya dengan menaiki motosikal.

“Ada pencuri bang,” kata rakan mangsa kepada pemilik kedai kopi tersebut.

Sejurus selepas itu, kedengaran satu jeritan daripada seorang lelaki, manakala ‘live’ itu diteruskan sambil menunjukkan rakan mangsa yang cuba mengejar pencuri tersebut.

“Dan saya lari udah jauh hampir dikit lagi kena malingnya, da kluarin pisau,” jelas mangsa.

Walau bagaimanapun, telefon bimbit itu gagal diperoleh semula disebabkan mangsa diugut oleh pencuri dengan menggunakan senjata tajam.

Mangsa yang dikenali sebagai E, meluahkan rasa sedih kerana telefon bimbit jenama Vivo Y333T yang dicuri itu merupakan hasil kerja keras dia mencuci pring bersama ibunya.

“Sedih bgt mana handphone baru dan itu hasil kerja sampe kurang tidur,” luah E.

E juga memaklum bahawa dirinya ingin menjual telefon bimbitnya itu untuk membiayai kos rawatan ibunya di hospital yang sudah dirawat selama lima hari.

“Ibu saya sakit lambung , dan paru-parunya terendam air. Dia (ibu E) kalau batuk, bersin, ketawa sakit,” ujar mangsa.

Meninjau di ruangan komen, insiden kecurian telefon bimbit tersebut telah mencetuskan amarah netizen.

Antara komen netizen:

“Itu maling wajah nya ja udah menjijikan tambah kelakuan nya minus iyuuuh 😡 knp yg jahat selalu tampang beginian ya? 🙄 Setidak nya muka ancur akhlak nya ke bagus dan dompet tebal biar imbang..”

“Biadab banget bangsat pada berani kerja woyyy gila tangkep kek bantai aja langsung biar kapok”


“Tenang mba.. Kalo dah viral… Pasti keciduk… InsyaAllah”

 

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAKARTA INFO 24 JAM (@jktinfo24jam)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.