Lampu isyarat merupakan salah satu sistem keselamatan untuk memudahkan aliran lalu lintas di kawasan persimpangan.
Namun, insiden melanggar lampu merah boleh dikatakan sering terjadi di Malaysia.
Hal ini berlaku sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika menghampiri lampu isyarat dan perkara ini boleh mengundang padah serta mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya sama ada mendatangkan kecederaan atau maut.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang murid mengalami kecederaan parah gara-gara sebuah penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah di Kilometer 110, Jalan Johor Bahru-Melaka mengundang amarah ramai.
Asisten Komisioner Ismail Dollah yang juga Ketua Polis Daerah Batu Pahat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi yang membabitkan murid Tahun Lima, penunggang motosikal berusia 29 tahun dan sebuah kereta.
“Siasatan awal mendapati, kanak-kanak berusia 11 tahun itu sedang melintas jalan di tempat lintasan pejalan kaki. Ketika melintas, murid berkenaan dirempuh oleh penunggang motosikal,” katanya.
Menerusi video dashcam yang tular, pada awalnya mangsa berdiri di tepi jalan untuk menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.
Pun begitu, sewaktu lampu tersebut sudahpun bertukar hijau, masih terdapat beberapa kenderaan yang berdegil meneruskan perjalanan menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa menghentikaan mereka.
Melihat pengawal keselamatan datang mengawal lalu lintas, budak tersebut segera melintas namun bagaimana pun dia dirempuh sebuah motorsikal yang jelas melanggar lampu isyarat merah.
Dapat kita lihat motor tersebut melanggar kereta yang berada di kirinya untuk membelok ke kanan.
Difahamkan, mangsa yang dirempuh disahkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Manakala, penunggang motorsikal tersebut hanya cedera ringan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan susulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap penunggang motorsikal tersebut yang mementingkan diri sendiri dan melanggar lampu merah sehingga merempuh pelajar sekolah.
Bukan itu sahaja, netizen juga ingin keadilan buat pelajar tersebut dan berharap penunggang motorsikal itu dikenakan tindakan sewajarnya.
Antara komen warga maya:
“laju sangat motor tu”
“kuat tu.. dah tau depan sekolah slow la mat”
“buta ke rider tu.. terang2 situ kawasan sekolah, yang kemain laju bawak tu da kenapa”
Video yang tular: