Connect with us

Viral

Lelaki Ini Rela Tangan Digigit Pasangan Kerana Sayang, Komen Netizen Pula Undang Dekah

Bila dah cinta, apa pun sanggup dilakukan demi membuatkan kekasih hati bahagia sebab tu dahulu pernah adanya ayat “lautan api sanggup ku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki”.

Pun begitu, ada juga benda pelik yang pasangan suka lakukan tiap kali berjumpa yang terkadang tak tercapai dek akal.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dipercayai ‘girlfriend’ pemuda ini gemar menggigit tangannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @amende_si*l, admin memuat naik semula video tiktok tersebut dengan kapsyen yang memerli tingkah laku wanita tersebut.

“Dah boleh bawak berubat dah tu bang. Bukan manja dah ni. Ni lebih pada tak berfikiran waras,” tulis akaun tersebut menerusi muat naik satu ciapan semalam.

Dapat kita lihat kedua-dua mereka berada di dalam kereta dan wanita tersebut tidak mahu melepaskan tangan lelaki itu daripada cengkaman giginya.


“Ni lah dia akan buat setiap kali jumpa. Nasib baik sayang,” tulisnya.

Meskipun dipercayai berlaku perbualan antara mereka, namun wanita itu dilihat tidak melepaskan tangan individu terbabit daripada cengkaman giginya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluat dengan gelagat mereka berdua yang dianggap pelik sebagai seorang kekasih.

Bukan itu sahaja, netizen juga meninggalkan komen yang berunsur membahan kelakuan wanita itu.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.