Kemeriahan konsert penyanyi antarabangsa terkenal Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah menjadi perhatian ramai. Malah, di laman TikTok juga kecoh berkenaan video peminatnya yang sedang beratur seawal 4 pagi sebelum masuk ke stadium demi mendapat ‘spot’ terbaik untuk menyaksikan penyanyi tersebut dengan lebih dekat.
Namun, rata-rata peminat yang hadir telah meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial kepada penganjur konsert berkenaan kerana kedudukan penonton dalam stadium.
Difahamkan, penonton yang berada di ‘seating zone’ pemandangan mereka sangat jauh daripada pentas. Sound system dari kedudukan mereka juga tidak begitu jelas sehingga tidak dapat mendengari apa yang sedang dibualkan oleh Billie Eilish.
Salah seorang daripadanya, ‘influencer’ Khairul Aming yang memuat naik video di laman TikTok menunjukkan jarak tempat yang diduduknya dengan pentas yang terlalu jauh dan kecil. Dia juga turut berkongsi luahan tidak puas hatinya.
Apa yang menjadi perhatian lagi apabila ruang padang di hadapan mereka yang banyak kosong itu membuatkan sebahagian penonton tidak dapat melihat dengan jelas penyanyi Billie Eilish.
Rata-rata pengunjung yang hadir membayar tiket dari harga rm300+ sehingga rm500+ ini sememangnya tidak berbaloi jika tidak mendapat ‘service’ yang setanding.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet juga merasakan tempat duduk Khairul Aming yang berada di zone “CAT 2” itu sangat jauh daripada pentas. Bukan itu sahaja, ada yang menganggap pengajur konsert Billie Eilish ‘scam’ dan mempunyai plan stage yang ‘teruk’.
Antara komen warganet di laman TikTok:
“Jauhnya gap, patutnya organizer dekat kan sikit stage tu dengan seat, untuk standing pun masih lagi banyak ruang kalau dekatkan”
“Ibarat korang tengok orang tengah tengok konsert”
“It’s like watching people having fun on the other side of seats, while you on this side terpinga-pinga sebab jauh”
“The worst event planner”
Video yang tular di laman TikTok: