Lumrah kehidupan apabila menjadi seorang pendidik tidak kira lah guru di sekolah, guru tusyen dan sebagainya, pasti mereka sering menerima hadiah daripada pelajar sebagai tanda menghargai jasa guru.
Bagaimana pun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru memandu memperolehi hadiah daripada pelajarnya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @teeeyyyhhhaaa, dapat kita lihat isteri kepada guru memandu tersebut membuka hadiah yang berada di dalam kotak berwarna coklat itu.
Menurutnya, suaminya itu sering menerima hadiah dari para pelajarnya selepas mereka tamat mengikuti kelas memandu. Tetapi baru-baru ini, hadiah yang diterima oleh suaminya ini telah mencuri perhatiannya melihatkan sticker yang dipilih oleh pelajar tersebut.
Jelas di atas kotak itu, kelihatan sticker berwarna merah jambu yang tertulis ‘Love You’ sekaligus membuatkan wanita itu pelik melihatnya
Walaupun tiada hadiah yang pelik berada di dalam kotak tersebut, wanita itu tidak dapat lari dari berasa curiga melihat sticker yang dipilih oleh pelajar itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pelajar yang ‘berani’ memberi hadiah dengan sticker tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mereka tidak sempat nak berfikir tentang hadiah apa yang perlu diberikan kepada guru memandu kerana pada ketika itu hanya fikir untuk balik ke rumah sahaja.
Antara komen warga maya:
“Adeh pelik-pelik lah. Kita pergi kelas memandu, lepas habis masa terus nak balik…”
“Tak salah nak hargai tapi sticker ‘love you’ tu dah kenapa.”
“Masa aku belajar memandu dulu dapat cikgu bekas askar selalu kena marah, masa tu ingat nak balik rumah je…”
“Silap sticker, ayah saya cikgu memandu jugak selalu dapat hadiah macam-macam.”
Video yang tular di laman TikTok: